Berita Hari Ini

Dominasi mutlak

pelajar baru

Kuala Lumpur: Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan program ijazah pertama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara apabila 26,030 atau 69.5 peratus diterima masuk pada tahun ini berbanding pelajar lelaki seramai 11,437 atau 30.5 peratus.

Statistik ini berikutan pengambilan pelajar perempuan dan lelaki bagi kebanyakan universiti adalah pada nisbah 70:30.

Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan, Mazula Sabudin berkata sejak tiga tahun kebelakangan ini statistik kemasukan ke IPTA sememangnya didominasi pelajar perempuan.

“Ini kerana bilangan perempuan yang membuat permohonan adalah lebih banyak berbanding lelaki, malah mereka turut dinilai berdasarkan kelayakan masing-masing.

“Bagaimanapun, peluang atau kebarangkalian dipilih tetap diberi secara sama rata bagi kedua-dua jantina,”katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, calon yang tidak berjaya dan memohon e-rayuan boleh menyemak keputusan rayuan yang akan diumumkan pada 15 September ini pada jam 12 tengah malam di laman web http://www.upu.moe.gov.my.

“Hanya calon yang tidak mendapat tempat akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan tempat pelajar yang tidak mendaftar di IPTA yang dibuka pada 1 hingga 5 September ini dan memenuhi syarat kemasukan dan meritrokrasi,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");