Perak Hari Ini

Kawasan Pelupusan Sampah, Lot Kosong Dikenalpasti Lokasi Utama Pembiakan Nyamuk Aedes

Kawasan pelupusan sampah haram dan lot rumah kosong dikenalpasti antara lokasi utama pembiakan nyamuk Aedes di negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru negeri, Datuk Mah Hang Soon, menegaskan semua pihak perlu mengenalpasti lokasi lain pembiakan nyamuk Aedes seperti bekas yang menakung air, tayar lama, bekas bunga dan plastik untuk dimusnahkan.

“Jangan tunggu hingga dikenakan tindakan denda mencecah RM10,000 atau satu tahun penjara sebaliknya kita wajar mengambil tindakan proaktif untuk meluangkan masa selama 10 minit setiap hari dengan menjaga kebersihan persekitaran rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Memerangi Denggi Peringkat negeri Perak di Stadium Indera Mulia dekat Ipoh, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Harun Rawi dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datin Dr Ranjit Kaur.

“Lokasi tempat pembuangan sampah haram menyumbang sebanyak 29.8 peratus kepada penularan denggi dan lot rumah kosong pula sebanyak 19.9 peratus,” katanya.

Jelas Mah lagi, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga telah mengambil langkah membersihkan lot-lot kosong berkenaan secara berkala bagi menggelakkan pembiakan nyamuk.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita mengatasi wabak ini apabila statistik menunjukkan peningkatan 3,657 jumlah kes denggi pada Januari hingga 23 Ogos tahun ini berbanding sebanyak 1,151 kes tahun lepas dan  lapan kes kematian dicatatkan pula tahun ini” ulasnya lagi.

Katanya lagi, walaupun statistik kes menurun dalam tempoh tujuh minggu lalu, ia masih perlu diatasi segera sehingga mencapai tahap yang lebih baik.

Tindakan gotong-royong dan perubahan sikap perlu dipraktikkan masyarakat bagi memastikan kebersihan kawasan kediaman sentiasa terjaga, katanya lagi.

Terdahulu sebanyak 15,025 buah bekas berjaya dikumpul dan 18 lokasi positif dikenalpasti dalam satu pertandingan ‘explorace’ yang melibatkan beberapa kawasan seperti Kampung Simee, Pangsapuri Seri Kepayang, Arena Kepayang, Taman Kinta dan Taman Star.

“Masih kurang penyertaan orang awam yang sanggup tampil ke hadapan untuk turut sama menjaga kebersihan kediaman dan situasi ini perlu diubah supaya masalah denggi dapat diatasi segera,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");