Sukan Hari Ini

PKBM yakin ‘bebas’

abu

Kuala Lumpur: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menaruh keyakinan tinggi jawapan kepada surat tunjuk sebab yang akan diserahkan kepada Pesuruhjaya Sukan, Ahmad Shapawi Ismail akan melepaskan mereka daripada penggantungan pendaftaran badan sukan itu.

Badan induk berbasikal negara itu mengadakan mesyuarat bersama Exco dan ahli majlis yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Abu Samah Wahab semalam bagi membincangkan secara terperinci jawapan terhadap surat tunjuk sebab yang perlu diserahkan sebelum Khamis ini.

“Berdasarkan kepada soalan dikemukakan Pesuruhjaya Sukan kepada PKBM, kami mendapati dengan semua jawapan yang akan diberikan itu, tiada sebab ia tidak boleh diterima dengan kandungan jawapan kerana kami sudah memberikan secara terperinci.

“Contohnya, jika soalan bertanyakan tahun berapakah Malaysia merdeka, jawapan kami adalah 31 Ogos 1957, itu maksud saya,” kata Presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sidek Khalid yang juga ahli majlis PKBM.

Ia diakui Abu Samah yang menegaskan: “Saya rasa ahli majlis hari ini (semalam) yakin, kami sudah mengedarkan semua soalan dan jawapan, semua sudah setuju dan yakin dengan jawapan yang akan kami hantar pada Khamis ini (hari terakhir)”.

PKBM berdepan surat tunjuk sebab Pesuruhjaya Sukan susulan arahan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas audit terhadap peruntukan yang disalurkan terhadap badan itu dari 2011 hingga tahun lalu.

PKBM akan memberikan jawapan bertulis kepada Pesuruhjaya Sukan yang disertakan dengan bukti sokongan lain.

Sementara itu Abu Samah turut menegaskan ada laporan yang tidak tepat apabila mengatakan wang sejumlah RM1.3 juta hilang atau salah laku.

“Saya dan ahli majlis mengesahkan wang itu tidak hilang dan semuanya sudah digunakan untuk Le Tour de Langkawi (LTdL) dan pembangunan sukan lebuh raya.

Kami mendapat peruntukan RM17,305,000 untuk LTdL 2011 dengan RM16,405,000 dan RM900,000 digunakan untuk pembangunan sukan lebuh raya.

Jumlah yang kami belanjakan hingga 31 Disember 2011 adalah RM16,375,374.45 maknanya masih berbaki RM29,625 (dibawa ke LTdL 2012).

“Manakala kami sudah membelanjakan RM927,437.30 untuk pembangunan lebuh raya berbanding peruntukan RM900,000.

Ia digunakan untuk bayaran seperti elaun, latihan di Melbourne dan dalam negara, peralatan, tiket penerbangan dan kejohanan.

Isu ini adalah salah satu soalan yang dikemukakan dalam surat tunjuk sebab,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");