Isu Panas

Himpunan bantah keputusan Pas

dakwa

KUANTAN – Seramai 20 pemuda yang mengaku ahli Pas melakukan bantahan semalam terhadap keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos lalu dengan mendesak agar ia dibatalkan demi maruah anggota Majlis Syura Ulama Pas.

Kumpulan pemuda yang diketuai Mohd Shaiful Abdullah mendakwa mewakili rakan politik dari Rompin, Kuantan, Kuala Lipis, Temerloh dan beberapa kawasan lain di negeri ini yang tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang antaranya bertulis ‘Jangan jadi parti U-Turn’, ‘Kami sayang Pas tapi tidak PKR’ dan ‘Singkir segera Anwarinas dalam Pas’.

Dalam pertemuan bersama media di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2, Mohd Shaiful menegaskan bahawa akar umbi Pas seluruh Pahang tidak dapat menerima keputusan Pas Pusat.

“Kami membantah sekeras-kerasnya keputusan itu dan kami desak ia dibatalkan demi maruah Pas itu sendiri serta maruah ahli Majlis Syura Ulama Pas,” katanya.

Dalam kenyataannya, kumpulan itu berkata keputusan Pas Pusat dimonopoli atau disabotaj oleh beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat yang jelas tidak mencerminkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini menyokong

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kami amat malu dengan keputusan ini dan berharap Majlis Syura dapat bersuara. Malah dalam mesyuarat itu difahamkan ada AJK yang asyik dengan telefon ketika (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sedang berhujah,” katanya.

Mereka mendakwa keahlian Abdul Khalid yang menjadi pertikaian adalah alasan tidak masuk akal kerana sebelum ini Anwar bukanlah dalam kalangan ahli pembangkang pada 1998, namun Pas tetap membantunya.

“Kami mendesak keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu dibatalkan dan berharap ahli Pas seluruh negara bangkit kerana bimbang Pas akan menjadi seperti PKR,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kuantan, Rosli Abdul Jabbar menafikan ahli Pas kawasan itu menolak keputusan pada 17 Ogos lalu.

Menurutnya, ahli Pas seluruh kawasan menerima keputusan diambil sebagaimana dipersetujui pucuk pimpinan.

“Sehingga kini tiada bantahan ataupun cadangan dengan mengadakan demonstrasi menolak keputusan tersebut,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos lalu, memutuskan menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kemukakan dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu berbeza dengan keputusan dibuat Majlis Syura Ulama.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");