Sukan Hari Ini

Golf: Jelajah PGA Deutsche Bank jadi milik Kirk

Deutsche Bank Championship - Final Round

NORTON (Amerika Syarikat): Pemain golf Amerika Syarikat (AS), Chris Kirk melakukan pukulan tanpa bogey di pusingan terakhir untuk muncul pemenang Kejuaraan Jelajah PGA Deutsche Bank mengatasi rakan senegaranya, Billy Horschel, hari ini.

Ia kemenangan terbesar sepanjang karier Kirk, 29 dan membawanya ke kedudukan teratas playoff Piala FedEx.

“Saya merasa amat bagus dengan pukulan put saya hari ini. Kemenangan terbesar buat saya,” kata Kirk yang mengumpul 15 bawah par 269 di Lapangan Golf TPC Boston. “Saya amat gembira dengan kemenangan saya hari ini.

“Saya mungkin nampak tenang berbanding pemain lain yang berada dalam situasi ini namun saya di dalam hati, saya masih lagi gementar,” katanya.

Kali terakhir Kirk memenangi kejohanan golf ialah di McGladrey Classic pada tahun lalu.

Dan sekalipun kemenangan di Deutsche Bank membawanya ke kedudukan teratas playoff Piala FedEx yang berbaki dua kejohanan, Kirk begitupun masih belum pasti sama ada kapten AS di Piala Ryder, Tom Watson akan menyenaraikan namanya di dalam pasukan.

“Saya masih belum lagi merasa layak untuk disenaraikan, atau merasa saya sudah hampir untuk disenaraikan. Saya benar-benar mahu meletakkan diri saya sebagai antara pilihan, dan ia adalah sesuatu yang amat saya gemar untuk lakukan.

“Sembilan pemain yang berjaya memasukinya adalah secara automatik. Mereka adalah pasukan yang berada dalam pasukan. Dan baki tiga lagi pemain? Jika kamu tersenarai, ia adalah satu bonus.”

Dalam pada itu, Horschel yang menamatkan permainan dengan bogey (69) terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dan berkongsi kedudukan bersama Geoff Ogilvy (65) dan Russell Henley (70) untuk keseluruhan 13 bawah par 271.

Juara dua kejohanan Major musim ini, Terbuka British dan Kejuaraan PGA, Rory McIlroy yang juga penyandang juara sekadar menamatkan hari terakhir dengan satu bawah par 70 untuk berada di kedudukan kelima bersama John Senden (66) 273.

McIlroy ketika ini berada di kedudukan kedua playoff FedE. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");