Sukan Hari Ini

Terbuka AS: Saya cedera di kaki, bukan mati – Azarenka

2014 US Open - Day 8

NEW YORK: Bintang tenis Belarus, Victoria Azarenka hilang sabar dengan soalan mengenai kecederaan kakinya dan berkata kepada wartawan supaya berhenti melayannya seperti ia pengalaman menunggu saat kematian.

Bekas pemain nombor satu dunia meluahkan rasa geramnya selepas mencatat kemenangan sukar 4-6, 6-4, 6-4 ke atas pemain kelayakan dari Serbia, Aleksandra Krunic untuk mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Begitupun selepas seorang wartawan bertanyakan mengenai tahap kecederaan yang ‘pernah dialaminya’ semasa lima bulan dia berehat pada awal tahun ini, beliau ditegur Azarenka kerana kekurangan perspektif.

“Kamu membuatnya kedengaran seperti saya hampir mati selepas saya diserang 10 ekor jerung dan kemudian terselamat,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

“Ia tidak begitu rumit. Apa yang saya gemar ialah bermain tenis. Untuk bercakap mengenai apa yang berlaku kepada kecederaan saya, ia sesuatu yang sia-sia ketika ini.

“Apa yang berlaku sebelum ini sudah berlalu, kamu tahu saya tidak memiliki jin di dalam botol untuk meminta apa yang saya mahukan di masa lalu,” kata pemenang dua gelaran Grand Slam ini.

Pada dua edisi Terbuka AS sebelum ini, Azarenka berjaya mara ke separuh akhir sebelum tersingkir. – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");