Berita Hari Ini

Cari pendekatan inovatif galak pelajar

gambar hiasan sumber internet

PUTRAJAYA – Warga pendidik di sekolah mahupun di institut pengajian tinggi perlu sentiasa mencari pendekatan inovatif bagi menggalakkan penyertaan pelajar sewaktu proses pembelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara kaedah yang mungkin boleh diterokai bagi tujuan itu ialah kursus terbuka dalam talian iaitu akses penyertaan dan interaksi pengajar dan pelajar melalui web dan ‘flipped classroom’ iaitu penyediaan bahan pengajaran juga yang boleh dicapai melalui web.

“Pengisian media (dan nota) yang diintegrasikan berupaya tingkatkan akses kepada pembelajaran tanpa batasan masa dan ruang, di samping mampu mengurangkan kos serta menjimatkan masa

“Ia juga dapat membantu pelajar kuasai kaedah alternatif dalam memahami sesuatu konsep dan teori serta mencapai standard keberhasilan pembelajaran yang kompeten,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2013 edisi kelapan Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah Tokoh Akademik Negara 2013 kepada Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang pertama iaitu Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba.

Prof Mohd Rashdan juga merupakan naib canselor pertama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");