Jenayah

MH17: Jurufoto cedera ditumbuk lapor polis

kena tumbuk

KUALA LUMPUR – Seorang jurugambar akhbar tempatan cedera selepas ditumbuk seorang lelaki di Pusat Peringatan Nirvana, Sungai Besi, di sini, kira-kira jam 11 pagi, tadi.

Difahamkan, lelaki dipercayai kenalan ahli keluarga mangsa MH17, mendiang Subashni Jretnam dikatakan bertindak demikian bagi menghalang mangsa, Aizuddin Saad, 29, dari mengambil gambar.

Menurut mangsa, dia ditugaskan untuk membuat liputan ketibaan jenazah MH17 di memorial berkenaan.

“Namun, ketika sedang merakamkan gambar, salah seorang dipercayai ahli keluarga mangsa menendang ke arah kameranya dan menyebabkan kamera rosak selain lensa patah.

“Selepas itu, saya membawa komponen kamera tersebut ke tempat lain untuk diperiksa dan bagi mengelakkan insiden menjadi lebih teruk sebelum rakan media lain mengambil gambarnya bersama kamera yang rosak. Bagaimanapun, datang seorang lagi lelaki juga dipercayai ahli keluarga mangsa tiba-tiba menumbuk muka dari arah belakang,” katanya.

Tambah Aizuddin lagi, dia kemudiannya dibawa ke lobi oleh pekerja memorial di situ untuk membersihkan luka di muka.

Katanya lagi, dia kemudian dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum laporan polis dibuat di Balai Sungai Besi kira-kira jam 1.06 petang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Individu yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");