Sukan Hari Ini

Terbuka AS: Serena lega mara ke suku akhir

2014 US Open - Day 8

NEW YORK: Juara lima kali, Serena Williams melangkah ke suku akhir pertamanya dalam kejohanan Grand Slam tahun ini hasil kemenangan 6-3 6-3 ke atas pemain Estonia, Kaia Kanepi di Terbuka Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.

Begitupun, nasib tidak menyebelahi bintang muda Kanada, Eugenie Bouchard apabila bergelut dengan keadaan panas dan lembap di gelanggang Louis Armstrong yang menyaksikannya tersingkir.

Williams yang juga pilihan pertama kejohanan dan pemain nombor satu dunia tidak pernah merasai permainan di suku Grand Slam sebelum ini tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kanepi yang diakui memiliki servis kencang.

“Dia memukul bola dengan amat kuat dan sentiasa menggerakkan bola itu di setiap sudut gelanggang dengan baik,” kata Williams yang sebelum ini gagal mara melebihi pusingan empat dalam tiga kejohanan Grand Slam sebelum ini.

“Saya hanya terus bertarung. Ini adalah suku akhir pertama saya tahun ini dalam kejohanan Grand Slam. Akhirnya saya berjaya melakukannya,” katanya sambil menjerit ke arah penyokong tanda puas. “Amat bersyukur saya dapat melakukannya di New York.

Williams dijadual bertemu pilihan ke-11, Flavia Pennetta di suku akhir selepas pemain Itali itu mencatat kemenangan 7-5 6-2 ke atas pilihan ke-29 dari Australia, Casey Dellacqua.

Dalam pada itu, pilihan ketujuh Bouchard menjadi tumpuan di Stadium Louis Armstrong apabila meminta diberikan rawatan perubatan selepas tewas 7-6 (7/2), 6-4 kepada pilihan ke-17 dari Russia, Ekaterina Makarova.

Naib juara Wimbledon itu memanggil pegawai perubatan ketika ketinggalan 2-3 pada set kedua selepas bergelut dengan cuaca panas dan kelembapan yang melebihi 60 peratus.

“Kepala saya agak sakit dan pening di gelanggang, semuanya agak kabur. Secara keseluruhan saya tidak merasa bagus,” kata Bouchard. – REUTERS

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");