Isu Panas

Lokasi Muktamar Pas dipindah ke Batu Pahat

parti pas 1

KUALA LUMPUR – Akibat tekanan yang diterima pihak pengurusan Sutera Mall, Skudai Johor, Pas terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan Muktamarnya kali ke-60 di situ.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya terpaksa akur dengan keputusan Sutera Mall itu yang membatalkan permohonan Pas untuk menggunakan lot pakirnya pada pertengahan bulan ini.

“Kita terima surat daripada tuan tanah dan mereka juga telah memulangkan cek deposit sewaan itu berjumlah RM75,000 kepada kami.

“Walaupun polis telah memberikan permit kebenaran dan perjanjian dengan tuan tanah sudah dibuat, namun akibat tekanan lebih seminggu lalu Sutera Mall terpaksa membatalkan perjanjian itu,” katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Semalam, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan kegagalan Pas Johor membuat bayaran penuh deposit menyebabkan pengurusan Sutera Mall terpaksa membatalkan perjanjian sewaan itu.

Mengulas lanjut, Khairul Faizi berkata, Muktamar Pas kali ke-60 yang dijadualkan berlangsung di Taman Sutera Utama, Skudai dari 18 hingga 20 September ini terpaksa dipindahkan ke lokasi baharu ke Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

“Kita kesal dengan pembatalkan saat akhir dan Muktamar Pas akan diteruskan di Johor namun pindahkan ke kawasan 100km dari lokasi asal.

“Hari ini kita kena mulakan kerja meratakan tanah persendirian milik seorang ahli Pas seluas 6 ekar,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");