Perak Hari Ini

Perlombongan Mampu Lonjak Ekonomi Kerajaan Negeri

Perlombongan bijih timah dikenalpasti antara sektor industri yang mampu meningkatkan lagi pendapatan negeri Perak.

Justeru, Menteri Besar Incorporated (MB Inc) menganjurkan bengkel ‘Perlombongan dan Pengkuarian Berhemah’ sebagai usaha menyediakan Pelan Tindakan Perlombongan’ atau ‘Mining Blueprint’ di Hotel Impiana, dekat Ipoh, hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, bengkel tersebut dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada penggiat industri perlombongan mengenai kepentingan aktiviti tersebut kepada kerajaan negeri.

“Bijih timah merupakan sumber mineral yang perlu dikembangkan lagi dan di peringkat negeri, tugas dan amanah ini telah dipikul oleh MB Inc yang bertindak sebagai peneraju utama sejak 2012 lagi.

“Kita mahu usaha ini digabungkan khususnya daripada segi kepakaran dan menjadi fokus utama untuk melonjakkan hasil industri di Perak sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan sebagai wakil kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, tanpa bantuan daripada agensi berkaitan, usaha untuk merealisasikan matlamat itu mungkin agak sukar.

“Kita juga akan menekankan tentang perkara-perkara yang boleh membantu perkembangan industri ini iaitu bukan sahaja daripada segi kepakaran malah daripada sudut sumbangan atau peranan yang perlu dimainkan oleh agensi kerajaan berkaitan untuk mempercepatkan proses tersebut.

“Jika kita serah semata-mata kepada MB Inc, ia akan membantutkan usaha kerajaan negeri untuk merangka pelan tindakan tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim, sektor perlombongan merupakan aktiviti yang disenaraikan dalam Pelan Pembangunan Perak Amanjaya yang telah dirangka oleh kerajaan negeri.

PERAK TODAY

“Dalam gagasan Perak Amanjaya, salah satu transformasi yang hendak digerakkan ialah dari sudut ekonomi dan sektor perlombongan boleh memberi harapan yang cerah kepada hasil negeri Perak,” ujarnya.

Berikutan permintaan yang tinggi terhadap bidang perlombongan, MB Inc katanya, telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perjanjian bersama ITRI Limited dan Comborne School of Mines bagi membangunkan Mining Blueprint.

“Permintaan terhadap bijih timah diterima semula daripada sektor elektronik dan industri automotif,” katanya lagi.

Tegas beliau lagi, pelan tindakan tersebut juga diharap dapat melonjakkan pendapatan negeri Perak serta membangunkan semula sumber manusia serta kepakaran dalam bidang perlombongan.

PERAK TODAY1

PERAKTODAY3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");