Berita Hari Ini

Bahasa Inggeris Wajib Lulus Di IPTA – TPM

muhyiddin1

CYBERJAYA: Syarat lulus dalam Bahasa Inggeris akan diwajibkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya graduan boleh berkomunikasi secara efektif, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kebolehpasaran graduan bergantung kepada keyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

“Syarikat multi-nasional bukan hanya mahukan graduan yang berkelayakan tetapi mereka mahu duta yang mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi.

“Kami mahu universiti memastikan setiap pelajar menjalani latihan dalam Bahasa Inggeris dan mereka bukan saja lulus (subjek itu) tetapi dapat berkomunikasi secara efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pemangkin Kebolehpasaran Graduan (CGEE) 2014, di sini, Selasa.

Katanya, polisi baharu itu dibuat selepas perbincangan dengan Perdana Menteri pada minggu lalu dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");