Jenayah

Kastam Rampas Tayar, Beras Elak Cukai

tayar

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan berjaya merampas pelbagai jenis tayar bernilai RM175,689 yang diseludup keluar dari Zon bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada Sabtu.

Pengarahnya, Datuk Mohd Isa Endot berkata, tayar yang diseludup keluar dari pelabuhan menggunakan sebuah treler itu ditahan kerana tidak membuat bayaran cukai sebanyak RM56,220.

“Treler itu ditahan di Pulau Indah (Pelabuhan Klang) selepas beberapa anggota dan pegawai membuat intipan.

“Kita turut menahan pemandu treler tersebut sebelum dia dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM10,000 bersama seorang penjamin,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 iaitu membawa atau mengangkut barang-barang belum lulus kastam.

Sementara itu, Mohd Isa memberitahu, pihak turut berjaya merampas beras pulut dan beras wangi import yang diisytihar sebagai bahan kimia di pelabuhan sama pada 19 Ogos.

“Taktik penyeludupan beras itu terbongkar selepas kita membuat pemeriksaan terhadap dokumen ikrar muatan dan dan kandungan kenderaan berat tersebut.

“Kami percaya modus operandi ini merupakan konpirasi di antara pengeksport dan pengimport di Malaysia yang membuat ikrar palsu berkaitan barang di dalam dokumen,” katanya.

Jelas beliau, berikutan itu, dua lelaki warga tempatan berusia awal 50-an yang dipercayai ejen syarikat penghantaran telah ditahan untuk siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(g) Akta Kastam 1967 iaitu dengan sedar terlibat mengelak larangan import dan cukai kastam secara tipu.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");