Sukan Hari Ini

Harimau Selatan simpan ‘kuku’

harimau

Johor Bahru: Kelibat beberapa pemain yang sering memanas bangku simpanan akan dipertaruhkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) apabila berdepan Kelantan pada aksi terakhir Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Walaupun kedua-dua pasukan sudah layak ke suku akhir dan skuad Harimau Selatan kekal selaku peneraju kumpulan namun pengendali Johor DT, Bojan Hodak tetap mengimpikan kemenangan.

Hodak berkata, beliau terpaksa merehatkan Amri Yahyah (gambar) dan Asraruddin Putra Omar selepas kedua-dua pemain itu mengutip dua kad kuning dan pasti amat berisiko andai diturunkan dan mungkin akan terlepas aksi pusingan kalah mati.

“Saya tidak mahu mengambil risiko menurunkan Amri dan Asraruddin pada perlawanan ini kerana mereka amat diperlukan pada aksi kalah mati nanti.

“Tidak timbul masalah untuk mendapatkan pengganti kedua-dua pemain itu memandangkan saya memiliki barisan pemain simpanan yang mampu menggalas tugas di sayap kanan dan bek kiri.

“Sasaran utama Johor DT adalah memburu kemenangan biarpun saya akui agak sukar untuk menewaskan Kelantan yang beraksi di laman mereka,” katanya.

Hodak menegaskan tiga tonggak utama, Aidil Zafuan Abd Radzak, Marcos Antonio dan Luciano Figueroa mengalami kecederaan pada aksi menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jumaat lalu.

Katanya, walaupun kecederaan ketiga-tiga pemain itu tidak serius namun pemantauan perlu dilakukan dan jika pegawai perubatan pasukan Johor DT tidak membenarkan tiga pemain itu beraksi maka pemain simpanan akan dipertaruhkan.

“Johor DT dan Kelantan sudah layak ke suku akhir tapi saya yakin pasukan lawan akan beraksi dengan corak permainan pantas dan kami tidak akan mengamalkan corak bertahan sebaliknya beraksi dengan corak taktikal yang ampuh.

“Andai tewas pada perlawanan itu, kami tetap berada di tangga teratas tapi saya tidak mahu rekod tanpa kalah tercalar dan saya harap pemain memberikan yang terbaik untuk memastikan kemenangan,” jelasnya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");