Jenayah

Saudara VIP perisik palsu

vip

Melaka: Seorang lelaki dipercayai anak saudara kepada isteri orang kenamaan dipanggil polis untuk memberi keterangan kerana disyaki memiliki kad kuasa sebagai perisik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak wujud, Ahad lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pengurus sebuah hotel di Bandar Hilir, di sini, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 11 malam bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, rahsia lelaki berkenaan memiliki kad kuasa tertera jawatan ‘perisik’ di Unit Risikan Khas KDN terbongkar selepas dia menunjukkan kad berkenaan kepada anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, awal pagi Sabtu lalu.

“Ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, lelaki terbabit datang ke pusat hiburan berkenaan dan mendakwa mahu mengeluarkan dua kenalannya yang berada dalam premis itu, namun tindakannya dihalang anggota penguat kuasa.

“Lelaki itu kemudian menunjukkan kad tertera jawatannya sebagai perisik KDN dan curiga dengan perkara itu, anggota penguat kuasa meminta suspek bertemu pihak berkaitan jika mahu memasuki lokasi serbuan,” katanya, di sini, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");