Jenayah

Pinjam ah long demi anak

pinjam ah long

GEORGETOWN – Demi anak, seorang ibu tunggal terpaksa meminjam wang daripada lintah darat bagi menyara tiga anak lelakinya.

Nageshwary (bukan nama sebenar), 42, hanya bekerja sebagai tukang cuci tandas dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM800.

Menurutnya, disebabkan kesempitan hidup setelah kematian suami sejak beberapa tahun lalu menyebabkan dia terpaksa membuat pinjaman kepada ah long sebanyak RM5,000.

“Lebih sedih lagi bila anak saya berusia 19 tahun hadapi masalah penglihatan selain keadaan mentalnya yang semakin kurang baik.

“Saya terpaksa buat pinjaman dengan ah long sebab nak beli motor dan beberapa keperluan rumah lain berikutan pada masa itu gaji tak cukup nak menyara keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Nageshwary berkata, jarak ke tempat kerja yang jauh menyebabkan dia terpaksa membeli motosikal dan memberi kemudahan kepada anak lelakinya.

“Keadaan menjadi lebih susah selepas suami saya meninggal dunia.

“Malah hampir setahun lebih saya tak bayar sewa rumah,” katanya.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, anaknya yang mengalami masalah kecacatan sejak lahir pernah dihantar ke sebuah sekolah cacat penglihatan di Pulau Pinang dan Seberang Perai, namun disebabkan masalah mental, kedua-dua sekolah tidak dapat menerimanya lagi.

“Kini anak saya terpaksa duduk di rumah. Mujur ada jiran yang baik hati menjaga dia sementara saya pergi kerja,” katanya.

Malah katanya, wang gaji yang diterimanya kadangkala tidak mampu membeli barangan keperluan anak keduanya itu.

“Salah seorang anak saya pula kini bakal menghadapi masalah mata juga kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Dia kini berada di Hospital Pulau Pinang dan hanya menunggu keputusan doktor untuk menjalani pembedahan,” katanya.

Malah katanya, mereka sekeluarga sudah lama tidak menyambut Deepavali setelah ketiadaan suami.

“Saya cuma berharap akan ada insan yang sudi membantu kami sekeluarga bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");