Jenayah

Boon Poh boleh kata apa sahaja

boon poh

GEORGETOWN – Dakwaan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS), Phee Boon Poh dilayan seperti penjenayah ketika ditahan untuk membantu siasatan adalah tidak benar.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terpulang kepada sesiapa sahaja untuk membuat dakwaan kerana polis hanya menjalankan siasatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jika benar beliau mendakwa begitu, saya tidak boleh kata apa-apa. Ini kerana polis hanya menjalankan siasatan mengikut SOP yang ditetapkan. Apa yang beliau nak kata, itu terpulang.

“Polis layan semua yang ditahan sama rata. Tidak ada yang dilayan lebih atau kurang. Semuanya ikut SOP, sama ada dalam lokap atau ketika diambil keterangan,” katanya kepada media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Deputi Superintendan (DSP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang semalam.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan, Boon Poh mendakwa disoal siasat oleh polis selama empat jam dan dilayan seperti penjenayah.

Beliau mendakwa disoal dengan pelbagai soalan, diambil gambar dan cap jari sama seperti dilakukan terhadap penjenayah.

Exco itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 6.40 petang Ahad lalu untuk direkodkan keterangan.

Abdul Rahim berkata, polis hanya menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang dan tidak ada kaitan dengan politik.

“Biar apa saja orang nak komen, tindakan saya berdasarkan undang-undang. Tiada kaitan dengan politik.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. Apa yang kita tumpukan adalah kesalahan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Itu saja,” katanya.

Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan seterusnya terhadap anggota PPS, Abdul Rahim hanya menjawab bahawa siasatan masih dijalankan.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");