Isu Panas

Isu MB: Tunggu maklum balas istana

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan semua parti dalam PR telah mempersembahkan senarai nama calon menteri besar yang baharu kepada istana.

Menurut Abdul Khalid, pihak istana bakal memberi maklum balas berhubung perkara tersebut.

“Istana akan memberi maklum balas tentang cadangan calon menteri besar.

“Saya difahamkan, ketiga-tiga parti (PKR, DAP dan Pas) telah menghantar nama calon.

“Saya percaya proses seterusnya akan menyusul,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar semua pihak bersabar menanti proses itu berjalan.

“Sehingga selesai pemilihan menteri besar baru ini, pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa.

“Jadi, saya harap semua pihak bersabar,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");