Published On: Sun, Sep 18th, 2011

7,000 lot kediaman untuk bekas tentera dan polis di Perak

Share This
Tags

Perak menjadi negeri pertama di Malaysia yang menyediakan 7,000 lot kediaman di bawah projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Perwira sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan bekas tentera dan polis dalam menjaga keamanan negara.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) negeri Perak ke-24 di Ipoh, sebentar tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kadar bayaran premium tanah pula ditetapkan RM500 sahaja berbanding kadar asal iaitu RM3,000 bagi lot kediaman.

Ini bermakna, kerajaan negeri katanya, kehilangan hasil lebih RM10 juta dalam bentuk nilai premium tanah bagi memberi peluang kepada bekas tentera dan polis untuk memiliki lot rumah kediaman di bawah projek itu.

“Ini merupakan tanda pengiktirafan kerajaan negeri terhadap jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berjuang demi mempertahankan negeri dan Malaysia daripada ancaman musuh.

“Projek ini akan diselenggara oleh Koperasi Angkatan Tentera dan kerajaan negeri pula akan bertindak sebagai penyelaras agar ia berjalan lancar dan keutamaan akan diberi kepada bekas tentera dan polis yang masih belum memiliki rumah sendiri.

“Kita berharap projek ini dapat dijalankan secepat mungkin dan untuk fasa pertama, ia akan membabitkan sejumlah 3,700 lot tanah dan untuk fasa kedua pula, 3,300 akan disediakan di bawah rancangan penempatan tersusun (RPT) di seluruh Perak,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zambry berkata, projek itu yang dicadangkan beberapa tahun lalu telah mengenalpasti kawasan tanah seluas kira-kira 248 hektar bagi membina lot kediaman untuk diserahkan kepada bekas tentera dan polis yang berkelayakan.

“Jika semua perbincangan dan persefahaman dapat dicapai antara kedua-dua belah pihak, saya berharap agar projek ini dapat dilaksanakan pada kadar segera.

“Usaha bagi menjayakan projek ini dimulakan kira-kira 18 bulan lalu dan sejak dari itu, kerajaan negeri telah mencari dan mengenalpasti lokasi yang bersesuaian membabitkan 10 daerah di seluruh Perak,” jelasnya lagi.

Pada majlis sama, Zambry turut menyerahkan geran hak milik bangunan Wisma Pahlawan kepada PBTM Perak selain menyampaikan bantuan kerusi roda kepada dua bekas tentera di negeri itu, iaitu Mohd Sani Odin dan Rosli Adnan.

Sementara itu, Mejar (B) Zainal Arif Abdul Aziz dan Pegawai Waran 1 (B) Nor Wati Pandak Piah pula dipilih sebagai penerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) daripada Zambry.

Terdahulu dalam ucapannya, Zambry berkata, kerajaan negeri begitu menghormati dan menghargai segala jasa dan pengorbanan bekas tentera dan anggota keselamatan lain yang menjaga keamanan negara.

Katanya, walaupun ada pihak yang mempertikai pengorbanan anggota keselamatan sejak kebelakangan ini, golongan itu adalah wira sebenar bagi negara ini.

“Pengorbanan bekas tentera dan anggota keselamatan lain termasuk polis ini bukan setakat diraikan dengan sambutan Hari Pahlawan semata-mata dan di pihak kerajaan negeri, kita benar-benar serius untuk membantu golongan ini dengan menyediakan lot tanah bagi mereka yang belum memiliki rumah.

“Selain itu, kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri Perak (SADC) juga menjelaskan tunggakan hutang PBTM Perak yang berjumlah RM348,020,” katanya lagi.

Hadir sama, Presiden PTBM, Datuk Muhammad Abd Ghani dan Di Pertua PTBM negeri Perak, Lt Kdr (B) Jayah Said.

Lebih 500 ahli PTBM negeri Perak menghadiri persidangan itu yang mewakili 45 cawangan dari seluruh negeri.

About the Author

Comments

comments

Displaying 35 Comments
Have Your Say
  1. ayh_chor says:

    Disini teman sambut baik diatas penghargaan Kerajaan Negeri Perak kerna amat Prihatin beliau dan juga atas mengenang jasa bekas Polis dan Tentera diatas pengorbanan dema dengan menyediakan tanah Lot untuk didiami oleh bekas2 Pesara tersebut.

    Jika benar yang demikian, ini adalah Bonus yang amat besar bagi Pasukan Keselamatan yang telah berkhidmat dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan Rakyat hingga dapat hidup dengan aman sehingga hari ini…..Maka wajar lah golongan yang sedemikian mendapat sedikit hak, walhal pengorbanan dema tidak terbalas dengan Nyawa sebagai gadaian demi keharmonian dan kemakmuran Rakyat……..

    Tapi disini teman nak tekankan…Kedua2 Pasukan samada Polis dan Tentera adalah sama pentingnya bagi menjaminkan Negara yang berdaulat ini terus dilindungi oleh musuh dan Polisnye mencegah dan menguatkuasa undang2 dari Penjenayah yang ditakuti oleh Rakyat…Pembahagian Tanah2 Lot tersebut hendaklah dibahagikan secara adil dan saksama…50-50…Jangan niat baik kerajaan akan bertukar menjadi benci dan sakit hati dari kalangan yang lain pihak tersebut…Jangan sampai perkara berbankit kemudian hari disebabkan ketidakpuashati seperti mane berlaku anugerah Tanah Kelapa Sawit kepada pihak Tentera sahaja diJalan Paduka Raja, Kg Gajah…mane dia hak polis? Rungutan tersebut masih berbunyi ke hari ini……berlaku lah secara adil dan saksama pada kali ini…..nak bagi..maka bagi la secara yang betul tanpa pilihkasih…

    Lagi satu pendapat teman….kenape sebahagian lagi tidak diberi pada yang masih berkhidmat? Ini juga merupakan satu Bonus pada yang masih berkhidmat kerna korban bakti dema dewasa ini juga dilupakan dan masih dihargai demi kemakmuran Rakyat ketika ini…

    Walau bagaimana ini la acapkali Kerajaan Negeri Perak memberi Tanah Lot kediaman untuk bekas2 Tentera dan Polis idak lah seperti Menteri Besor yang sudah2 dulu….

  2. Perwira ATM says:

    Alhamdulillah atas jasa dan keperihatinan kerajaan Negeri Perak dalam membantu warga ATM dan PDRM. Semoga usaha seperti ini akan dapat diteruskan oleh negeri lain di Malaysia. Namun dalam usaha kerajaan negeri ingin membantu warga ATM/PDRM maka perlu lebih ditelitikan tentang status kelayakan kepada mereka betul2 layak untuk menerima bantuan tersebut. Selain itu, Kerajaan Negeri juga diharapkan dapat memberi pakej dalam bentuk lain kepada lain-lain warga ATM/Polis yang mungkin tidak layak bagi tujuan memberi penghargaan yang saksama. Adalah dicadangkan bahawa jumlah pembahagian Lot hendaklah berdasarkan Ratio rakyat negeri perak yang bekerja dengan ATM dan Polis..pembahagian seperti ini adalah lebih adil dan saksama..sekian terima kasih.

  3. Add Rengas says:

    Assalamualaikum kepada semua

    Semoga dengan terlaksanya projek Rancangan Penempatan Tersusun ini dapat menambahkan lagi motivasi pesara mahupun yang masih berkhidmat.

    Bagi saya pemberian ini amat bermakna bagi mereka yang memerlukan…Bagi yang berada @ udah banyak retenya mugikin tak seberapa tp bagi generasi seperti saya dan yng lain ….ini adalah pemberian yang amat bermakna…

    Pada usia menjangkau 40 an dan telah bersara..kami amat memerlukan tempat tinggal yang tetap dan selesa untuk anak-anak dan keluarga. Pada usia ini memang kudrat masih kuat..tetapi dengan kudrat inilah yang telah dibanting sekian lama di dalam ATM dulu

    Saya amat berbesar hati sekiranya terpilih utuk program ini dan berharap sangat untuk mendapatkannya di daerah padang rengas @ kuale…..

  4. Saya adalah bekas TUDM dan kini telah berusia 65 tahun belum lagi ada rumah sendiri. Amat lah sukur kira dapat di beri peluang yang bagitu baik ini.

  5. shamsul says:

    Soalan:
    1. siapakah yang layak Tanah lot kediamam, Adakah hanya untuk yang menjadi ahli PBTM Perak sahaja, bagaimana dengan anak jati Perak yang bertugas di luar Perak … dan menjadi ahli PBTM selain dari PBTM Perak.

  6. Abd Rahman Abu Bakar says:

    BEKAS ATM LENGGONG PERAK:

    Assalamualaikum kepada semua,

    Shukur Alhamdulillah diatas keperihatinan Kerajaan Negeri Perak yangmana julungkalinya membuat kenyataan dan kejutan bagi mendahului senarai daripada negeri2 lain di Malaysia, dalam usaha membantu warga ATM dan PDRM. Semoga usaha murni ini biarlah menjadi satu kenyataan bagi mereka yang betul2 memerlukannya. Namun demikian dalam usaha Kerajaan Negeri ingin membantu
    warga ATM dan PDRM ini, supaya menelitinya dengan sebaik mungkin tentang status kelayakannya. Adalah disarankan terlebih dahulu merujuk perkara tersebut kepada Persatuan BekasTentera Malaysia (PBTM) atau Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan Persatuan Bekas Polis Malaysia, agar pembahagiannya lebih telus adil dan saksama.

    Saya amat berbangga dan berbesar hati sekiranya diizinkan Allah s.w. terpilih untuk program ini dan berharap sangat untuk mendapatkannya di kawasan Kuala Kangsar/Taipin/Ipoh. Sekian terima kasih.
    Wassalam.

  7. Abd Rahman Abu Bakar says:

    BEKAS ATM LENGGONG PERAK:

    Assalamualaikum kepada semua,

    Shukur Alhamdulillah diatas keperihatinan Kerajaan Negeri Perak yangmana julungkalinya membuat
    kenyataan dan kejutan bagi mendahului senarai daripada negeri2 lain di Malaysia, dalam usaha
    membantu warga ATM dan PDRM. Semoga usaha murni ini biarlah menjadi satu kenyataan bagi
    mereka yang betul2 memerlukannya. Namun demikian dalam usaha Kerajaan Negeri ingin
    membantu warga ATM dan PDRM ini, supaya menelitinya dengan sebaik mungkin tentang
    status kelayakannya. Adalah disarankan terlebih dahulu merujuk perkara tersebut kepada
    Persatuan BekasTentera Malaysia (PBTM) atau Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan
    Persatuan Bekas Polis Malaysia, agar pembahagiannya lebih telus adil dan saksama.

    Saya amat berbangga dan berbesar hati sekiranya diizinkan Allah s.w. terpilih untuk
    program ini dan berharap sangat untuk mendapatkannya di kawasan
    Kuala Kangsar/Taipin/Ipoh. Sekian terima kasih.
    Wassalam.

  8. anak perak says:

    Saya adalah bekas atm yang tidak menjadi ahli persatuan bekas perajurit, sesiapa boleh beritahu adakah saya layak untuk program ini? terimakaseh..

  9. suhaila says:

    Terima kasih di atas sokongan anda semua kepada Perak Today. Di sini disertakan nombor telefon dan alamat yang boleh dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara di atas.

    Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Perak
    No 74 Jalan Larat
    30200 Peti Surat 263
    30730 Ipoh Perak

    Tel: 05-282-6597
    Fax: 05-282-6597
    Email: perak@pbtm.org.my

  10. Abd Rahim bekas Tentera says:

    Salam,
    Saya memang berminat. Macammana cara nak mohon rumah tersebut nak kena berurusan dengan siapa?

  11. ahmad x airforce 7054.... says:

    saya tak jadi ahli mana2 persatuan bekas tentera,hanya ada kad bekas tentera yang di daftarkan di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM saja,tiada tempat tinggal khusus kerana kehidupan perlu diteruskan. Isteri orang 08 dan saya 10. layak ke teman memintak kalau nak memohon?

  12. slm teman ank bekas askar bpk teman dulu kerahan ,dia benti 20 thun sbb umur dh melebihi had,lps 2 plk lps bpk teman pencen ,setahun kemudian ada plk pencen tok wataniah,bpk teman pg pejabat pbtm dia org ckp bpk teman tk layak,tkn la setahun pun nk berkira ,tidak kah semua tahu mcm mn jasa 2 pewira dahulu menentang komunis ,tlg la pandang berat kes teman ni ,ank bekas tentera aw,lps 2 mcm mn nk memohon rumah ,sejak bpk teman benti sampai sekarang kami duduk umah sewa ,tlg pandang serius

  13. Abdul Rahim (G) Vetren Vat 69 says:

    macam nie hang pi Pej. Tanah Negeri kat tempat hang,,.tanya pada orang yg berkenaan atau pung hang pi kat Persatuan Tentera..

  14. pak hassim says:

    saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas ingat YAB Dato Seri terhadap bekas – bekas perajurit..saya mencadangkan supaya projek ini disalurkan kepada koperasi bekas perajurit negari Perak yang beribupejabat ditaman saz, jalan salibin…supaya ia dapat meringankan kerja-kerja pemantauan dan untuk mengenalpasti ahli-ahli yang layak.

  15. omar says:

    Salam..saya dah hantar borang mohon tanah tu..tapi ada ke syarat2 penting kelayakan dapat tanah tu..maklumlah kan ramai yang mohon. syarat2 asal saya cukup. tapi tak taulah kalau2 ada sysrat2 yang lain..gerenti dapat ke..

  16. Terima kasih saya nak ucap kpd ds kerana perihatin akan nasib kami yang selalu je susah selepas berhenti dari tentera.samoga kerajaan yang ada terus berkuasa dibawah pimpinan yang ada sekarang

  17. Saya sangat menghargai berterima kasih pada Kerajaan Negeri Perak dan Koperasi ATM utas usaha murni ini. Moga ia nya juga akan disempurnakan dengan telus tanpa menimbulkan sebarang prasangka lain disepanjang penelenggaraannya nanti. Saya anak Perak berumur 60 thn pesara PRDM dah berkhidmat selama 37 tahun sejak 1969 ingin bertanya: DIMANA DAN BAGAIMANA CARANYA UNTUK SAYA MEMBUAT PERMOHONAN INI?

  18. suhaila says:

    En Mohamad boleh cuba menghubungi alamat dan no telefon di bawah untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.

    Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Perak
    No 74 Jalan Larat
    30200 Peti Surat 263
    30730 Ipoh Perak

    Tel: 05-282-6597
    Fax: 05-282-6597
    Email: perak@pbtm.org.my

  19. Kepada bekas2 tentera atau polis atau balu atau Kakitangan Awam yang memerlukan bantuan kewangan , kemudahan pinjaman Pesara

    SKIM PINJAMAN BANK KHAS UNTUK PESARA KERAJAAN, TENTERA, POLIS, DAN BALU SEHINGGA RM 150,000 TANPA PENJAMIN TANPA BAYARAN UPFRONT!

    Syarat syarat dan kelayakan ;

    • pesara kerajaan, tentera, Polis dan balu
    • pencen RM750 ke atas
    • tempoh bayaran balik sehingga umur 70 tahun
    • Tempoh pinjaman dari 3-15 tahun
    • Pinjaman dari RM5,000-RM150,000
    • Interest 5%
    • Blacklist CCRIS CTOS boleh memohon

    Boleh digunakan untuk ;
    • Melangsaikan hutang kereta/rumah/credit card
    • Membesarkan/memulakan perniagaan
    • Mengerjakan umrah/melancung
    • Membaiki/membesarkan rumah
    • Dan lain lain

    Bantuan akan di hulurkan sehingga berjaya, Insyaalah.

    Harap dapat dipanjangkan kepada saudara mara atau sahabat handai yang mungkin memerlukan pinjaman ini untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka dengan cara yang selamat ini.

    SEGERA ! Sebelum skim ini ditamatkan.

    Hubungi : 013 4777966 / 013 2392990 Ab Rahim
    Email : abrahim_my@yahoo.co.uk

    NOTA : Untuk semak kelayakan : sms / email kan jumlah pencen bersih bulanan , tarikh lahir, lokasi ada blacklist ke tidak.

    http://pinjaman-pesara.blogspot.com/

  20. Saya masih berkhdmat dlm PDRM tetapi amat berminat untuk memohon lot tanah yang ditawarkan oleh Kerajaan Perak kerana merupakan anak jati Perak. Adakah saya layak memohonnya? Terima kasih.

  21. saiful says:

    salam…saya ingin memohon tanah di perak..sy pesara tentera….harap di pertimbangkan ..
    2) sy ingin memohon kursus yg bersesuaian untuk kerjaya sy..ingin tahu kursus yg ditawarkan ..sy berkhidmat hanya 10 tahun dlm atm…sekiranya diperuntukan dana adalah lebih baik.mohon info dr pihak pbtm dll..tq

    pls email saiff_74@yahoo.com hp..019 4349 305..

  22. Semuanya janji palsu kerajaan BN. Kau nak bagi, bagi jelah, kenapa perlu melalui PBTM yang terlalu memenngkan politik UMNO tu? Lagipun takkan ada 7000 orang je bekas tentera? Kalauu ya pun nak mancing undi janganlah menipu.

  23. Salam… sebagai penghargaan saya dahulukan dengan ucapan tahniah atas perlaksanaan kerajaan dalam menyediakan kediaman untuk bekas perajurit.Saya anak kepada seorang bekas perajurit yang berkhidmat di Congo dahulu tetapi bapa saya,hanya sempat berkhidmat selama 13 tahun sahaja atas masaalah yang tidak dapat di elakkan.Disini ingin saya menceritakan bapa saya telah mendapat serangan angin ahmar pada tahun lalu dan ibu pula diserang penyakit saraf sudah 15 tahun.Apa yang nak saya sampaikan disini adalah ,ibubapa
    saya tiada kediaman tetap kami tinggal di kawasan perumahan setinggan di ipoh.Masaalahnya ,kawasan kami akan diambil oleh pihak pemaju perumahan,dalam waktu terdekat ini,saya benar-benar buntu,sebelum ini walaupun bapa saya ahli veteran seumur hidup tapi bapa tidak pernah mendapat apa2 bantuan dan tiada pula mendapat sebarang elaun sewaktu dia berkhidmat di Congo.Memandangkan bapa sudah tidak dapat mencari sumber rezeki,saya sebagai wakil anaknya ingin sangat memohon jika dapat diberi kediaman yang amat kami perlukan memandangkan waktu telah suntuk.dan kedua ibubapa kami yang sakit amat memerlukan perhatian anak-anak dan mendapat keselesan tempat tinggal dipenghujung usia mereka.Harap dapat menghubungi saya dengan segera hp 0163089504 perhatian pihak atasan amat kami nantikan ,saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.wassallam

  24. suhaila says:

    Puan Rohani boleh cuba menghubungi alamat dan no telefon di bawah untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.

    Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Perak
    No 74 Jalan Larat
    30200 Peti Surat 263
    30730 Ipoh Perak
    Tel: 05-282-6597
    Fax: 05-282-6597
    Email: perak@pbtm.org.my

    ataupun 05-2531957 sambungan Pejabat Datuk Ramly Zahari, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak RPT Perwira untuk mendapatkan maklumat mengenai permohonan dsb..

  25. sya saorang pesara polis ingin memohon tanah tapak rumah yg diumumkan menteri besar baru2 ini .masalahnya sya dah isi borang tapi temuduga xdi panggil dimana silapnya kpd yg berkenaan mohon penjelasan h/p 0165977642

  26. ab rahim says:

    salam. . .saya terbaca bab lot tanah dari kerajaan perak untuk bekas polis dn tentera, minat juga nk cuba mohon,sy berkhidmat tentera 10 tahun je, pencen xde kejepun x menentu kais pagi mkn petang, pg kena puasa sebab kena tanggung anak 7 orng, bg diorang mkn dulu. tamat tentera 1988 smpai skrang x penah minta bantuan pesatuan pbtm, ahli seumur idup. laysk ke sy lot tnah tu, kalu sy dpt lot tsbut x mampu nk buat umah camne pulak.

  27. omar says:

    salam sejahtera,syukur kerana telah di panggil temuduga mohon tanah lot bekas tentera awal tahun 2012 di pejabat tanah manjoi. masalahnya disini cuma nak bertanya apa keputusannya permohonan tersebut? tanya pejabat tanah pun depa x bleh beri sebarang jawapan lagi.. bleh tlg beri penjelasan bila maklum balas temuduga tersebut bleh di ketahui…sekian t.kasih.

  28. ghaus yeop says:

    kata nak b tanah lt k bla tanya j tanah dema jwb kena beli rmh ygkoop bina lbhh kurg rm80,000 ke ataas mmana nak cari duit

  29. Tuan,
    Saya seperti nama di atas masih lagi berkhidmat dengan TLDM dan insyaallah akan menamatkan perkhidmatan 22 tahun pada 2016. Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai skim RPT iaitu seperti kelayakan memohon dan lain – lain syarat berkaitan. Saya boleh dihubungi melalui e-mail mirfan9899@gmail.com atau telefon pejabat 05-6818531. Sekian terima kasih.

  30. assalamualaikum,saya bekas anggota tentera.Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada pasukan atm di mana telah berjaya dalam Ops Dualat.Saya ingin bertanya: tidak adakah tawaran kepada bekas anggota yang tidak mempunyai sebarang perkerjaan tetap menjadi sukarelawan di Lahat Datu. Saya bersedia jika ditawarkan sebagai sekarelawan dan memakai unifom balik jika negara ini terancam.

  31. faizal says:

    sori salah forum ya tp hanya nak tanya di mana nak mohon tanah anugerah ni sbb ibu bapa saya serta keluarga nama saja org perak tp kami tak pernah ada tanah di perak ni buat pegetahuan bapa saya kini dah meninggal dunia dan tanah satu pun tak ada 0174372911

  32. ASSALLAMUALLAIKUM,
    SAYA HANYA NAK TANYA, PANDUAN,SYARAT APA YG PERLU DAN MERUJUK KEPADA SIAPA JIKA SAYA SEBAGAI PESARA TLDM DAN ANAK JATI PERAK INGIN MEMOHON TANAH KURNIA SEPERTI YG PERNAH SIARKAN DALAM MEDIA.
    SESIAPA YG ARIF DIHARAP DAPAT MEMBANTU SAYA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN.
    TERIMA KASIH.

  33. ASSALLAMUALAIKUM.
    SAYA MENYOKONG BAIK DAN BERTERIMA KASIH DIATAS USAHA YG DILAKUKAN KPD BEKAS TENTERA. SAYA INGIN BERTANYA TENTANG STATUS PERMOHONAN MEMILIKI RUMAH/TANAH (RPT) PERWIRA DI SERI ISKANDAR, PERAK. SURAT TAWARAN MEMILIKI RUMAH TELAH DITERIMA SERTA SURAT AKUAN PENERIMAAN TELAH DIHANTAR KE PEJ TANAH & DAERAH SERI ISKADAR. SEHINGGA INI TIADA MAKLUM BALAS DARI PIHAK KOPERASI PERUMAHAN ANGKATAN TENTERA BHD.

  34. sjn suhaili 31 rad.. says:

    Askm..sye masih lagi berkhidmat dlm angkatan tentera malaysia.untuk projek kg tersusun ni adakahsaya layak untuk memohon..untuk bahagia durian sebatang sg tukang sidin langkap perak

  35. Askm.. saya ingin bertanya serta membat aduan.. saya adlh seorng bekas tentera yang telah ditamatkan pkhd tanpa mengetahui sebab2nya (brkhidmat selama 16 thn tanpa ap2 tindakan disiplin dn sentiasa mendapat kepjian didlm SKT serta penilaian tahunan).. dlam masa yang sama saya adalah anggota yang mempunyai taraf kesihatan B.E permanent hilang paya 24% .. adakah saya sepatutnya ditamatkan pkhd berpencen medical atau sewenang2nya diberhentikan tanpa alasan. dimanakah tempat ntk saya minta keadilan adakah phak PBTM membantu dalam perkara tersebut? .. terima kasih kepada krajaan n perak kerana prihatin terhadap bekas perajurit akan tetapi adakah ianya diambil kira kepada anggota yg tidak berpencen? sebab baru2 ini ada ura2 yang menyatakan tanah anugerah ini boleh diberikan percuma sekiranya pemohon bersetju membina kediaman melalui kontraktor yg dilantik.. tertanya2 dimana percmanya? nak tanah tetapi dipaksa untk membina rumah.. ap nasib org spt saya yang tamat pkhd tanpa pencen? sampai kematilah tidak berumah? sekurang2 jika ada bolehlh kami mmbina rmah semasa ada modal walaupn sebesar reban ayam..

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>