Kolumnis

Rosmah Mansor: Kisah Panjang Tentang Kebaculan Pas Dan Sekutunya

Bacul!

Itu saja yang boleh saya simpulkan terhadap parti pembangkang khususnya Pas yang menjadikan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai sasaran atau umpan politik mereka.

Tidakkah pemimpin Pas mempunyai rasa malu kerana hendak mengheret Rosmah ke tengah gelanggang sedangkan beliau cuma seorang wanita yang tidak pernah sepatah pun memaki hamun atau memburukkan parti berkenaan.

Benar, beliau dilihat semakin menonjol dan kehadapan sejak akhir-akhir ini, namun semuanya bukan program untuk memusnahkan Pas daripada persada politik, ia TIDAK ADA kena mengena langsung dengan usaha untuk melenyapkan keghairahan Pas dan sekutunya untuk merampas Putrajaya.

Baik, kita pergi satu persatu.

Kita mulakan dengan program PERMATA NEGARA.

Segalanya bermula apabila peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di negara ini, lalu Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu.

Pada pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar daripada didikan semasa usia kanak-kanak.

Kerana begitu ‘terganggu’, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar.

Itulah yang membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA .

Program PERMATA menawarkan pendekatan alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Penekanan diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami (experimentation, exploration and experiential learning) melalui permainan.

Pendekatan ini amatlah bersesuaian dan menyeronokkan kanak-kanak.

Ia juga telah dibuktikan di beberapa negara maju berupaya merangsang perkembangan pesat kebolehan intelek, kognitif dan komunikasi kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan emosi
mereka

Dalam hal ini, anak Mahfuz boleh masuk, anak Guan Eng boleh masuk, anak Saifuddin Nasution pun boleh masuk, tiada halangan dari segi politik, gender atau agama, jadi kat mana salahnya Rosmah dalam hal ini?

Seterusnya Persidangan Wanita Pertama yang diadakan baru-baru ini.

Rosmah buat semua ini kerana mahu mengikis tanggapan Wanita Pertama hanya tahu jaga personaliti

Ini kerana berdasarkan pengalamannya, kesemua Wanita Pertama yang pernah beliau temui ada program sendiri di negara masing-masing.

Bagi Rosmah, sebagai Wanita Pertama, mereka seharusnya sanggup turun ke bawah bincang mengenai masalah kanak-kanak, sekolah, remaja, politik dan berbagai lagi.

Dari situlah lahirnya persidangan itu.

Apa yang mustahak, sekurang-kurangnya Rosmah dan rakan-rakan Wanita Pertamanya ada inisiatif untuk menggesa PBB berbincang dan mencari penyelesaian atau kekurangan yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah, melalui deklarasi persidangan tersebut.

Bukan setakat menjerit sana sini macam dalam ceramah Pas. Last-last habuk pun tarak, dapat dosa lagi ada kerana asyik dibuaikan dengan maki hamun dan fitnah memfitnah!

Terbaru, riuh rendah di internet bahawa Rosmah telah memperlekeh dan menghina Islam di pembukaan Festival Busana Muslim di Monte Carlo pada 9 Ogos lepas, yang didapati tidak menepati ciri-ciri Islam.

Seperti yang ditulis blogger Fareed Dawood, Rosmah secara jujur menerima jemputan untuk pembukaan festival tersebut dengan niat baik iaitu agar acara itu dapat meletakkan Malaysia sebagai ibukota bagi fesyen Islam.

Pastinya, beliau menjangkakan untuk melihat model-model yang berhijab atau sekurang-kurangnya berselendang penuh sopan di atas pentas.

Tetapi, beliau telah dikejutkan dengan model-model yang berjalan di pentas dengan baju terbuka di belakang, lengan yang jarang malah gaun yang tertulis nama junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau terkejut menyaksikan kejahilan para pereka dan yang paling penting, penganjurnya.

Walaubagaimanapun, dengan penuh hormat terhadap para hadirin dan juga jemputan, serta untuk menjaga air muka penganjur, beliau tidak berhak untuk menghentikan pertunjukan dan merosakkan segala-galanya.

Beliau terperangkap dalam keadaan di mana tidak punya pilihan selain dari terus tersenyum dan menonton pertunjukan sehingga selesai.

Beliau hanya dapat menyatakan pendapatnya kepada penganjur iaitu Datuk Raja Shah Rezza, seorang pengarah perkahwinan yang terkenal dari Nusantara Gems Sdn Bhd setelah pertunjukan berakhir.

Tentu saja, pada waktu itu ia sudah terlambat dan kerosakan sudah pun berlaku.

Seperti dijangka, Rosmah dijadikan sasaran dalam situasi janggal dan tidak wajar ini, dan bukannya Raja Shah Rezza.

Tanpa berfikir panjang, jurublog, pro kerajaan dan pembangkan mula menyerang Rosmah tanpa simpati.

Dalam kemarahan mereka, mereka enggan berhenti sejenak untuk berfikir bahawa sebagai seorang VIP yang diberi penghormatan untuk merasmikan acara tersebut, Rosmah tidak terlibat langsung dalam pengurusan penganjuran.

Atas semua tohmahan yang disebutkan di atas saya tahu, sebenarnya puak pembangkang dah kehabisan idea untuk menyerang Najib, lalu Rosmah lah yang mereka jadikan sasaran.

Mereka tahu, menyerang Najib tidak akan memberi makna apa-apa kerana beliau telah melaksanakan tugasnya yang cemerlang sebagai Perdana Menteri.

Mereka sedar, Najib telah melaksanakan pakej-pakej rangsangan ekonomi dengan begitu hebat sekali sehingga menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

Secara keseluruhannya, Najib berjaya memulihkan ekonomi Malaysia daripada kesan krisis global.

Pelaksanaan yang pesat dan proaktif bagi dasar fiskal yang mengembang, dasar monetari yang akomodatif, serta langkah menyeluruh dalam memastikan akses kepada pembiayaan yang berterusan telah memainkan peranan yang amat penting dalam mengurangkan kesan kemelesetan global terhadap ekonomi Malaysia.

Inilah yang membuatkan pembangkang haru-biru dan puas memerah otak bagaimana hendak menumbangkang Najib

Akhirnya, rotan tiada, akar pun berguna.

Bila mereka tak boleh ‘taruk’ Najib, sasaran mereka yang paling mudah dah tentulah Rosmah

Sebab itu sejak akhir-akhir ini kita tengok operasi ‘membunuh’ Rosmah telah berjalan dengan beitu hebat sekali, lepas satu, satu, lepas satu, satu.

Sampai pengumuman bajet yang seluar dalam dikecualikan daripada duti pun dikaitkan dengan Rosmah,

Ternyata puak-puak ini memang bacul, sungguh bacul dan sangat bacul!

Oleh: Jeffri Zachariah – Malaysia Instinct

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");