shadow

Kerajaan negeri dijangka membina antara 300 hingga 500 unit rumah melalui Skim Perumahan Aman Jaya dengan peruntukan bernilai RM10 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kolaborasi kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya (YBU) bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) itu bakal difokuskan kepada golongan rakyat yang bependapatan rendah dan sederhana.

“Pihak kami telah berbincang dengan pihak SPNB dan mereka telah bersetuju melaksanakan skim tersebut di Perak tahun ini,” katanya.

Dengan peruntukan sebanyak RM10 juta, skim tersebut bertujuan membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan harga mampu milik.

“Harga rumah bergantung kepada saiz dan kos pembinaannya….kita akan cuba menawarkan harga rumah tersebut serendah RM55,000 seunit,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Majlis Pelancaran Projek Rumah Rakyat danPenyerahan Geran Tanah di Rancangan Perkampungan Tersusun Changkat Larang, Mukim Sungai Terap, Batu Gajah.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Selain itu, Zambry menjelaskan pelancaran rumah mesra rakyat tersebut diharap mampu mengurangkan beban rakyat.

“Kita tidak mahu ada lagi rakyat yang tertinggal mahupun terpinggir selepas ini,” katanya.

Comments

Related Posts

Comments

  1. ain    

    bagaimana nak memohon?

    1. suhaila    

      Untuk pertanyaan lanjut mengenai skim SRIA, sila hubungi:

      Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
      Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
      30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
      05 – 255 5945 / 5946
      05 – 255 5941

    1. suhaila    

      Untuk pertanyaan lanjut mengenai skim SRIA, sila hubungi:

      Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan
      Aras D-2-1,Greentown Square, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said,
      30450, Ipoh, Perak Darul Ridzuan , Malaysia.
      05 – 255 5945 / 5946
      05 – 255 5941

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>