shadow

Tapak pelupusan sampah Seri Wangi, dekat Sitiawan akan ditutup sepenuhnya menjelang tahun 2013 dan tapak baru sudah dikenalpasti di Teluk Mengkudu, Beruas bagi menggantikan tapak berkenaan.

Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata bekas tapak pelupusan sampah yang telah berusia kira-kira 40 tahun itu akan dinaiktaraf sebagai zon hijau dan kawasan penduduk beriadah.

“Buat masa ini, kerja-kerja menaiktaraf tapak pelupusan tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor untuk dibangunkan sebagai zon hijau.

“Kerja-kerja mengorek dan meratakan longgokan sampah sudah pasti menyebabkan bau yang kurang menyenangkan dan masalah tersebut dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham.

“Bagaimanapun, Khoo Ham telah memutartbelitkan dan mempolitikan isu tersebut,” katanya ketika mengulas demonstrasi kira-kira 100 ahli NGO di Padang Lapangan Terbang Sitiawan, semalam yang membantah operasi pusat pelupusan sampah Sungai Wangi, dekat Sitiawan.

Demonstrasi tersebut diketuai sendiri oleh Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham.

Menurutnya, kerja-kerja menaiktaraf tapak pelupusan sampah tersebut turut menepati syarat perlindungan persekitaran serta penggunaan teknologi canggih.

Cho Ha berkata,  kerajaan perlu menguruskan sisa pepejal yang masih berada di tapak pelupusan yang sedia ada supaya air kumbahan tidak akan mengalir ke dalam sungai menyebabkan pencemaran yang serius.

“Bagi tujuan itu, pelbagai kerja-kerja dilakukan termasuklah membina paip untuk mengumpul air kumbahan ke dalam kolam sebelum melalui tiga proses untuk meneutralkan air tersebut dan dilepaskan ke dalam sungai.

“Selain itu, pihak kontraktor  juga melakukan semburan enzim yang diimport khas dari Jepun sebanyak tiga kali setiap minggu bagi menghapuskan kuman,” katanya.

Tapak pelupusan sampah itu dibina sejak 40 tahun yang lalu dahulunya berjauhan dari kawasan perumahan tetapi kini kawasan sekitarnya terletak berdekatan projek perumahan termasuklah cadangan membina sebuah hospital pakar  swasta.

-  Nooraini Mahamad

Comments

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>