Published On: Tue, Jun 19th, 2012

Masalah jerebu Perak, IPU catat penurunan

Share This
Tags

Keadaan jerebu di beberapa tempat di Perak mencatat penurunan pada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), menerusi laman webnya setakat jam 11 pagi tadi, keseluruhan bacaan yang dicatatkan menunjukkan tiada peningkatan pada bacaan IPU di mana-mana kawasan di Perak.

Setakat ini, beberapa kawasan iaitu di Jalan Tasek, Ipoh, Taiping serta Tanjung Malim masing-masing mencatatkan IPU di bawah 75.

Namun begitu, kawasan Seri Manjung merupakan kawasan yang terjejas teruk apabila mencatat indeks tertinggi IPU 91 setakat jam 11 pagi tadi.

Kualiti udara kawasan tersebut hampir berada pada tahap keadaan tidak sihat apabila mencatat IPU mencecah 97 semalam.

Sebelum ini, JAS dalam satu kenyataannya berkata keadaan kualiti udara yang buruk di Perak berlaku disebabkan jerebu rentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Keadaan jerebut tersebut telah berlarutan beberapa hari akibat cuaca kering di beberapa bahagian di utara dan pantai barat Semenanjung pada masa kini.

Dalam kenyataan itu turut menjelaskan imej satelit Pusat Kepakaran Meteorologi Asean menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Selasa.

Sementara itu, tinjauan Peraktoday.com di sekitar bandar raya Ipoh juga mendapati orang ramai memenyebabkan orang ramai memilih untuk tidak melakukan aktiviti di luar bagi mengelakkan kesihatan mereka dari terjejas.

Taman permainan kanak-kanak juga kurang dikunjungi kerana ibu bapa bimbang kesihatan anak mereka akan terjejas jika berada di luar rumah ketika masalah jerebu masih berterusan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah bagi mengelak daripada keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Beliau berkata, selain mengurangkan aktiviti di luar orang ramai juga boleh mengambil langkah pencegahan seperti sentiasa berada dalam bangunan serta memakai penutup hidung dan mulut jika terlibat dengan aktiviti di luar.

‚ÄúPastikan udara di dalam rumah dan bangunan sentiasa bersih, kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok dan apabila memandu, gunakan pendingin hawa selain pilih operasi kitaran udara dalaman,” katanya.

Selain itu, Liow turut menasihatkan orang ramai supaya minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan mengambil langkah-langkah kebersihan seperti membasuh tangan dan muka dengan sabun dan air yang bersih.

Sebelum ini, JAS dalam satu kenyataannya berkata keadaan kualiti udara yang buruk di Perak berlaku disebabkan jerebu rentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.

Keadaan jerebut tersebut telah berlarutan beberapa hari akibat cuaca kering di beberapa bahagian di utara dan pantai barat Semenanjung pada masa kini.

Dalam kenyataan itu turut menjelaskan imej satelit Pusat Kepakaran Meteorologi Asean menunjukkan peningkatan jumlah titik panas di Sumatera, Indonesia sejak Selasa.

About the Author

-

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>