Sukan Hari Ini

Hup Wei lebih layak: KOM

Noraseela (tengah) akan iringi Hup Wei beraksi atas tiket ‘wild card’ di Olimpik London.

‘Pemilihan berdasarkan prestasi semasa, catatan peribadi terbaik’

Kuala Lumpur: Tiada yang silap sebaliknya hanya salah faham dalam keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memilih atlit lompat tinggi negara, Lee Hup Wei ke Sukan Olimpik London.

Pengerusi Pemilihan KOM, Mohamad Awang, berkata keputusan pemilihan yang dibuat pada mesyuarat lalu mendapati Hup Wei lebih berkelayakan berbanding atlit 110 meter lari berpagar lelaki, Rayzam Shah Wan Sofian.

Katanya, begitu juga atlit 400 meter berpagar wanita, Noraseela Mohd Khalid yang mempunyai kelebihan mewakili negara dalam kategori wanita.

Beliau turut mengakui KOM ada membuat rayuan kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa Dunia (IAAF) untuk membolehkan atlit padang negara beraksi menggunakan tiket ‘wild card’ yang pada mulanya dikhususkan buat acara trek.

“Pemilihan kami berdasarkan prestasi semasa dan catatan peribadi terbaik dan semasa kami memeriksa memang Hup Wei lebih layak berbanding Rayzam Shah.

“Atlit terpilih boleh digugurkan sekiranya ada atlit lain memenuhi kriteria dan kelayakannya mengatasi atlit yang dipilih. Maka, saya tidak pasti dari mana anda dapat maklumat Rayzam Shah mempunyai mata terkumpul berbanding Hup Wei.
“Pemeriksaan kami berdasarkan aksi kelayakan Olimpik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ditanya aduan atlit yang tidak diberitahu lebih awal, Mohamad berkata, atlit memang seharusnya tidak diberitahu mengenai keputusan pemilihan. Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong, berkata sama ada Hup Wei atau Rayzam Shah, tidak banyak beza kerana kedua-dua mereka tidak layak ke Olimpik.

“Bagaimanapun, prestasi dua atlit itu sangat sengit dan rapat. Maka, bagi saya terpulang kepada persatuan (memilih ke Olimpik),” katanya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sekadar menerima keputusan KOM untuk menghantar Hup Wei meskipun mendapat pertikaian selepas dikatakan Rayzam Shah lebih berkelayakan.

Namun, akuinya, Hup Wei yang turut beraksi di Sukan Olimpik 2008 di Beijing dengan lompatan 2.20m, lebih menyerlah di pentas antarabangsa berbanding Rayzam Shah yang berehat agak lama akibat mengalami kecederaan pada 2007.

Akhbar semalam melaporkan Rayzam Shah menduduki senarai teratas selepas mengumpul 1101 mata berbanding 1083 mata dikumpul Hup Wei. Dalam kategori wanita pula, Noraseela mendahului dengan 1099 mata mengatasi empat atlit lain.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");