Published On: Sun, Jul 15th, 2012

Program PERMATA PINTAR, inisiatif PERMATA kenalpasti kanak-kanak berbakat besar, semulajadi

Share This
Tags

Program PERMATA PINTAR adalah antara insiatif yang diperkenalkan oleh PERMATA bagi mengenalpasti dan membangunkan kanak-kanak yang berbakat besar dan semulajadi dalam bidang sains,  teknologi, kejuruteraan dan matematik, seterusnya menjadi modal insan yang membantu negara mencapai status maju menjelang 2020.

Isteri Perdana Menteri yang juga merangkap Penaung Program PERMATA, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata program itu memberi tumpuan dan fokus kepada pembangunan kreatif melalui pemikiran kritis dan tinggi, kemahiran serta daya kepimpinan.

“Program PERMATA PINTAR diperkenalkan pada 2008 dan setahun sebelum itu, seorang kanak-kanak yang mempunyai kepintaran luar biasa dalam bidang Matematik menarik perhatian saya dan ramai pihak cuba membantunya untuk mengikuti kursus di universiti.

“Namun, kanak-kanak itu menjadi bosan dengan pendekatan yang digunakan dan akhirnya tidak berminat untuk meneruskan hasratnya.

“Saya merasakan masalah itu tidak ditangani dengan betul lalu saya mengumpulkan sekumpulan pakar untuk membincangkan sebarang kemungkinan bagi menangani masalah pendidikan yang dihadapi kanak-kanak itu atau mereka yang sama sepertinya.

“Selain itu, saya turut melawat Johns Hopkins University – Center for Talented Youth, National University of Singapore High School, Mahidol University dan Beijing Number 8 Gifted School For Maths And Science untuk belajar cara dan pendekatan dalam mendidik kanak-kanak yang berbakat besar dan semulajadi ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Asia Pasifik Bakat Semujadi Ke-12 di Dubai, pagi ini.

Selepas melalui proses konsultasi, akhirnya program PERMATA PINTAR dicadangkan kepada pihak kerajaan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipilih sebagai institusi pelaksana, kata Rosmah.

Katanya lagi, untuk memastikan pembangunan otak kiri dan kanan, program ini memberi tumpuan kepada pembangunan semangat diri selain menghargai alam sekitar dan sukarelawan.

Program PERMATA PINTAR ini katanya, tidak akan dapat dilaksanakan tanpa komitmen daripada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri khususnya, yang memberi peruntukan awal untuk membangunkan ujian secara online dan kem musim cuti.

“Apabila program ini terbukti mendatangkan manfaat kepada kanak-kanak yang berbakat besar dan semujaladi, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan untuk membina sekolah PERMATA PINTAR bagi fasa pertama yang dibuka secara rasmi pada Januari 2011.

“Peruntukan untuk fasa kedua juga diperoleh dan Sekolah Menengah PERMATA PINTAR dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri pada 27 Mac lalu.

“Sekolah ini mempunyai makmal, kelas belajar serta kemudahan penginapan kepada 400 pelajar selain kemudahan rekreasi dan sukan serta sebuah auditorium yang didermakan oleh Yayasan Al Bukhary,” katanya lagi.

Rosmah berkata, sebagai tambahan, lebih 200 guru dilatih untuk menjayakan program PERMATA PINTAR bagi mendidik kanak-kanak yang berusia bawah 15 tahun yang ketika ini masih belajar di sekolah harian.

Untuk lebih memahami kanak-kanak yang berbakat besar dan semulajadi ini, UKM katanya, telah menjalankan kajian berkaitan program itu selain memperkenalkan program pendidikan untuk bakat besar dan semulajadi kepada siswazah dan lepasan ijazah.

Latihan kepada guru-guru sangat penting jelasnya, dan ia haruslah meliputi aspek menghargai pendidikan berbakat besar dan semulajadi, mengenalpasti kanak-kanak yang berbakat besar, pendekatan pedagogi yang berlainan temasukah komponen psikilogi selain khidmat sokogan.

“Pusat PERMATA PINTAR boleh dijadikan rujukan untuk menyebar luas pendekatan terbaik dan khidmat sokongan kepada ibu bapa dan guru dan saya berharap pusat sama di peringkat wilayah dapat diwujudkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelajar, ibu bapa dan guru,” katanya.

Menurut Rosmah lagi, program PERMATA PINTAR bergerak seiring dengan program PERMATA yang diilhamkannya kira-kira enam tahun.

PERMATA bermaksud barangan kemas yang berharga, simbolik bahawa kanak-kanak adalah harta dan aset negara.

“Program PERMATA diperkenalkan sebagai langkah pendidikan awal kepada kanak-kanak selain mengasah bakat mereka ke tahap yang optima. Inisiatif terawal ialah projek pendidikan awal kanak-kanak dan pada awal 2006, bersama dengan kumpulan yang begitu berminat dalam menangani masalah
sosial di kalangan remaja, kami membincangkan pelbagai strategi pencegahan yang dilaksanakan oleh agensi kerajan dan bukan sektor bukan kerajaan.

“Kami mengambil keputusan tidak menggunakan pendekatan sama sebaliknya mencari jalan penyelesaian untuk jangka masa panjang dengan memberi fokus kepada pendidikan kanak-kanak yang berkualiti dan holistik melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih efektif.

“Justeru, pusat PERMATA NEGARA diwujudkan yang menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti terutamanya bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan luar bandar dan datang dari keluarga berpendapatan rendah,” katanya.

Tegas Rosmah, ia bermula dengan lima projek perintis dan kajian menunjukkan pencapaian kanak-kanak yang mengikuti program ini sekurang-kurangnya untuk tempoh satu hingga dua tahun didapati lebih baik dari segi fizikal, kognitif dan kemahiran sosial dan emosi berbanding rakan sebaya usia mereka yang tidak mengikuti program berkenaan.

Inisiatif ini diperluaskan kepada lebih 600 Pusat Anak PERMATA di seluruh negara.

Sejak itu juga, di bawah PERMATA, kerajaan turut mengiktiraf bakat kanak-kanak di bawah empat program yang bertujuan mendidik dan mengasah kemampuan mereka.

PERMATA SENI mensasarkan kanak-kanak yang memiliki bakat dalam seni persembahahan termasuklah koir, muzik dan tarian yang berumur antara tujuh hingga 15 tahun yang dilatih oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang berjaya memukau penonton dengan persembahan mereka di serata dunia.

Salah seorang daripadanya ialah, pemain piano yang berumur 13 tahun yang kini belajar di Juilliard School of Music in New York dan salah seorang ahli koir berusia 10 tahun pula telah diterima belajar di Vienna Boys Choir School.

Dan terbaru, 70 anak-anak PermatA Seni berada di Dubai untuk membuat persembahan sempena Persidangan Asia Pasifik Mengenai Bakat Semulajadi Ke-12.

Inisiatif ketiga yang diperkenalkan ialah program PERMATA PINTAR bagi kanak-kanak yang dianugerahkan kepintaran semulajadi dan seterusnya program PERMATA INSAN untuk kanak-kanak yang berumur 8 hingga 12 tahun.

PERMATA INSAN ini menggabungkan pembelajaran A-Quran dan Sunnah dengan seni, sains, alam sekitar dan teknologi.

Mereka juga diajar menguasai dua bahasa selain daripada bahasa ibunda dan dilatih oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertujuan melahirkan modal insan yang berpandangan luas dalam hal dunia tetapi juga mampu menterjemah kandungan Al Quran dalam konteks masyarakat yang berteraskan sains mutakhir.

Kem dua kali setahun diadakan untuk mereka meningkatkan kemahiran termasuklah bacaan pantas, aritmetik mental, pemikiran kritis serta perucapan awam. Di antara kem itu, pelajar akan dihubungkan dengan sistem pelajaran secara online yang disokong oleh ibu bapa dan guru-guru.

Inisiatif kelima yang diperkenalkan ialah PERKASA REMAJA yang bertujuan memperkasakan golongan belia bermasalah dengan membangunkan bakat untuk tujuan lebih produktif, sekaligus mencegah mereka daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

Melalui semua inisiatif yang diperkenalkan di bawah PERMATA, kami berusaha tidak mengabaikan mana-mana kanak-kanak di Malaysia, kata Rosmah lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosmah menjelaskan satu aspek berkaitan kanak-kanak berbakat besar dan semulajadi yang sering diabaikan ialah emosi mereka.

“Mereka kerap kali dianggap sebagai sukar difahami dan adakalanya diabaikan. Perangai pelik mereka jika dibandingkan dengan sikap rakan sebaya boleh mencetuskan rasa bimbang di kalangan ibu bapa dan guru selain orang lain yang berada di sisi mereka.

“Perangai atau tindakan ini adalah manifestasi konflik dan rasa kecewa yang dialami mereka dan ada di kalangan mereka ini menjadi mangsa buli dan dipinggirkan.

“Kajian menunjukkan ia adalah perkara biasa kerana kanak-kanak ini mempunyai perangai yang berbeza tetapi kita sering silap apabila menganggap mereka nakal, suka menganggu dan tidak berdisiplin serta sampai ke tahap sukar dikawal,” katanya.

Oleh itu, adalah penting untuk negara membangun atau mencari jalan mengatasi masalah emosi yang dihadapi kanak-kanak ini melalui pendidikan yang bersesuaian.

Kajian katanya, menunjukkan antara 48 hingga 70 peratus bakat besar dan semulajadi diwarisi daripada keturunan dan menurut Gagne, hanya seorang kanak-kanak yang berbakat besar dan semulajadi bagi setiap 10,000 dan dan seorang kanak-kanak yang bersifat luar biasa bagi setiap 100,000 kanak-kanak yang dilahirkan.

“Bagi saya, ini menunjukkan bakat besar dan semulajadi ini merupakan anugerah Tuhan Yang Esa dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan persekitaran yang sesuai agar kanak-kanak ini dapat diasuh dan dididik untuk memiliki bakat tertentu.

“Tugas kita adalah menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif agar potensi dan pembangunan kanak-kanak ini dapat digilap sepenuhnya.

“Jika kita gagal menyediakan pendidikan khas untuk mereka, negara mungkin akan kehilangan mereka atau mereka akan keciciran atau tidak pandai menyesuaikan diri dalam kelas,” tambahnya lagi.

Beliau berkata, adalah penting untuk kita menyediakan pendidikan khas untuk kanak-kanak berbakat besar dan semulajadi ini kerana mereka adalah aset berharga untuk mana-mana negara di dunia ini.

Jelasnya, masyarakat akan mendapat manfaat daripada pemikiran tinggi dan kebolehan mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan dan strategi untuk menyelesaikan masalah selain dapat menyesuaikan diri mereka dengan situasi baru.

“Jika dibimbing sejak muda lagi, mereka ini dapat mengoptimakan kemampuan dan kebolehan mereka dalam sebarang bidang, terutamanya bagi yang menjadi memiliki pengetahuan untuk menyelesaikan masalah di abad ke-21.

“Ini menjadi alasan mengapa sesetengah negara menawarkan biasiswa dan juga juga hak kerakyatan untuk menarik minat kanak-kanak berbakat besar dan semulajadi dan ibu bapa mereka,” katanya.

Rosmah menambah, menjaga dan membesarkan anak-anak yang berbakat besar dan semulajadi sangat mencabar dan juga sebenarnya cukup bermakna.

Ibu bapa dan ahli keluarga katanya, perlu sentiasa peka dengan masalah berkaitan perangai mereka agar kita dapat membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya.

“Kita perlu peka dengan perkara ini dan mewujudkan suasana yang sesuai di rumah bagi membantu anak-anak ini untuk menangani tekanan dan emosi dengan efektif.

“Ada yang mengatakan mendidik dan membesarkan kanak-kanak ini boleh mengubah kita sebagai ibu bapa dan penjaga. Ia boleh mengajar kita selain membuka minda berkaitan apa yang kita tidak pelajari sebelum ini.

“Selain itu, sistem masyarakat juga mesti mempunyai kemudahan dan infrastruktur yang bukan sahaja dapat mengenalpasti kanak-kanak berbakat besar dan semulajadi ini dari kecil tetapi juga memberi sokongan sepenuhnya kepada diri dan keluarga mereka,” katanya.

Jelasnya, kita perlu menolak tanggapan menyediakan peluang kepada mereka yang berbakat besar dan semulajadi ini akan melahirkan golongan terpilih atau elitisme.

Katanya, sejarah telah membuktikan negara yang mengabaikan pendidikan terutamanya di peringkat awal akhirnya akan menyedari bahawa mereka kini berhadapan masalah untuk bergerak maju ke hadapan dalam bidang ekonomi, membentuk jati diri rakyat serta perpaduan sosial.

“Jika kita gagal membantu mereka yang berbakat besar dan semulajadi di kalangan kita, maka kita akan kehilangan akal dan kuasa untuk mencipta transformasi kejayaan dalam persekitaran yang begitu kompleks dan berteraskan teknologi,” katanya.

Untuk Foto Penuh artikel ini, sila klik disini

About the Author

-

Comments

comments

Displaying 27 Comments
Have Your Say
  1. ramai nak muda mudi berbakat cuma xdiasah je..dengan bantuan DS Rosmah serta galakan dari ibu bapa insyallah anak2 ini pasti berjaya..ibu2 bapa2 diluar sana tgu apa lagi peluang masa depan anak2 anda didepan mata apa lagi gunakan sebaik mungkin…

  2. sonu nigam says:

    very good DS Rosmah,very excellent job….sure pembangkang x tido malam punye tengok usaha Rosmah tuk negara ni,pembangkang kan dasar hati busuk….’janji ditepati’ itulah slogan yg digunakan,ianya tidak hanya kekal sebagai slogan sahaja…buktinye kita dapat lihat dengan mata kita sendiri,ni la contoh org yg ambik berat pasal rakyat…..pembangkang de ke ambik berat pasal rakyat,de ke dia org tunaikan janji2 manis dia org

  3. Pizza Sedap says:

    pembangkang mst macam cacing kepanasan la jawabnye,DS jln ngan pak arab tu……Rosmah tahu kepentingan kanak2 ni kepada negara sebab tu dia buat semua ni,bkn cm pembangkang yg cube merosakkan kanak2 dan golongan muda dgn menyebarkan fitnah dia org…….very well done DS Rosmah,satu kerja yg sngt bgs dan membanggakan

  4. Pikachu says:

    Utamakan belia kita sebelom pihak pakatan yang xmengenag budi lgsg!
    Didik belia kita untuk sedar apa itu kebenaran

  5. Yolo says:

    wow mmg terbaik lah apa yg datin sri buat ni…dpt sambutan dr pak arab tu…..ko ada????sapa2 yg kata tak ok tu drg dengki sbb tak dapat g dubai jumpa pak arab kan…..

  6. Tuna Man says:

    mmg betul pun,Program PERMATA PINTAR ni merupakan satu inisiatif untuk mengenalpasti kanak-kanak berbakat besar dan semulajadi…kalau mereka ni dibimbing sejak muda lagi, sudah pasti mereka ini dapat mengoptimakan kemampuan dan kebolehan mereka dalam sebarang bidang…Jika gagal untuk membimbing dan menyediakan pendidikan khas untuk mereka, negara mungkin akan kehilangan mereka…so kite perlulah sokong program ni sepenuhnye supaya wawasan 2020 dapat dicapai

  7. bobhamid says:

    tuna man:sy sokong kenyataan anda tu…….cuma pembakang jer yg suka putar belit dan dengki dngn apa yg ds rosmah buat sbb apa sbb dia x leh buat pon mcm ds rosmah buat skrng…..pembakang hanya tahu mengutuk dan mengata orng jer….tahniah ds rosmah…..kerana anda permata sudah pon d kenali d mata dunia…..

  8. hari putter says:

    saya sngt suka akan apa yg sedang diusahakan oleh ds rosmah…untuk mengenal pasti bakat anak2 malysia…saya rasa lepas ini malysia akan mempunyai masyarakat yg berbakat besar dalam banyak bidang….

  9. Paseghia says:

    Program permata pintar akan memajukan negara dalam pelbagai bidang dari bidang sains, teknologi, kesenian, ekonomi, agama, kesukanan dan macam-macam lagi… apabila wujudnya specialist ini dinegara kita, maka secara tidak langsung KDNK negara akan naik mendadak dari semua aspek yang dimajukan oleh golongan permata pintar ini… wajar program ini diperkasa dan diperluaskan…

  10. mawar hitam says:

    bgoslh…lps nie nma Malaysia pasti akn naik lg…

  11. Pok Cik says:

    Hah! dah macam-macam program dah DS buat! pok cik seronok bile tengok program-program yang dilkukan semua untuk kebaikan rakyat… Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan memang janji ditepati!

  12. Bob Malaya says:

    terbaik!!!program yang dibuat sungguh berguna untuk anak-anak PERMATA lepas nie pembangkang mesti nak hantar nak-anak ke PERMATA hahahaha yelah mana tidaknya PAKATAN hanya tau menhancurkan masa depan anak-anak harapan bangsan DS Rosmah pemimpin berwibawa

  13. ahmad jany says:

    bagus sangat usaha DS Rosmah ni,
    memang sangat2 dihargai :)

  14. jenny bedah says:

    akak memang tertarik dengan program yang DS Rosmah buat ni.sebab die nak yang terbaik untuk masa depan anak malaysia.x macam puak pembangkang yang janji sentiasa x dikota !

  15. manlaksa says:

    anak2 zaman sekarang ni semakin pintar ada kepintaran mereka ini melebihi had orang dewasa, dan wajarlah permata ditubuhkan untuk memberi laluan yang betul kepada kanak2 pintar ini belajar dan melakukan sesuatu di luarjangkaan.

  16. minah senget says:

    i setuju sangat apa yg DS Rosmah buat ni.lantak la apa org nak kate kn.

  17. khai fahmi says:

    damn for pembangkang !

  18. Don Melayu says:

    ak skong programn ni..dgan adanya program Permata ni,bkat kanak2 pintar dapat dimanfaatkn dgan sbtulnya dan memajukan negara..kanak2 yg berbakat juga dapat mnyalirkan kan kebolehan mreka ke saluran yg tepat iaitu permata..tahniah DS Rosmah krn brjya mnubuhkan Permata dan mnjayakan wawasan 2020..!!

  19. Anaur says:

    Harapan sy agar program sebegini akan diteruskan pada masa akan dtg kerna siapa tau yg kanak2 j inilah yg bakal menerajui negara kita pada masa akan dtg… Klu nak melentur buluh biarlah dari rebungnya….

  20. intan wawa says:

    aku benci pakatan yang hanya pandai bercakap dan menunding jari kepada kerajaa.. nak harap mereka yang cari kanak2 pintar ni memang hampeh la

  21. benar tu kanak-kanak ibarat kain putih dan bakat mereka ibarat emas yang perlu dicari dan digali.. sayang kalau terperap tanpa digilap.

  22. Dhanyaraam says:

    She is doing a good job… then why oppostion is so jealous of her? personally feel she is better than Wan Azizah…F.L.O.M ? Azizah? bitch please…

  23. Arivalagan says:

    This is a very good programme….sadly many dont know..

  24. Chan Fong says:

    Opposition will always spining says bad thing about Datin Seri rosmah! too bad they can’t compete with Her effort. Continue your good job Datin Seri

  25. Sharma says:

    More coverage should be given on Datin Seri Rosmah’s effort in transforming education. i like!

  26. Tilam busuk says:

    busuk lah pembangkang! main main spin spin! Datin Seri Rosmah, endahkan je semua fitnah yang dilempar! rakyat sedar!

  27. NurulShamira says:

    good effort and excellent idea .. its something important for our younger generation.. :)

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>