Kolumnis

Rakyat Perlu Sedar Siapa NED Di Sebalik NGO Dan Media Pro-Pembangkang

SEBELUM ini ramai yang menyatakan bahawa dakwaan beberapa pertubuhan, NGO dan portal yang dikaitkan dengan pembangkang menerima dana khas dari National Endowment for Democracy (NED) adalah fitnah semata-mata.

Misalnya Suara Rakyat Malaysia atau SUARAM yang sebelum ini berdolak-dalik dan enggan mengaku menerima dana dari negara asing, khususnya Amerika Syarikat.

Namun semalam segalanya terbongkar apabila Pengarahnya, Kua Kia Soong, mengaku buat pertama kalinya bahawa pertubuhan yang kononnya berpendirian bebas itu dibiayai beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada.

Sebelum ini, beberapa laman blog dan portal pernah menyiarkan dakwaan bahawa SUARAM dikatakan menerima dana dari NED secara konsisten sejak bertahun-tahun sehingga kini.

Malah dana yang diterima NGO yang begitu terserlah diresapi parti-parti politik pembangkang itu dianggarkan telah menerima sebanyak US$385,000 atau bersamaan dengan RM1,218,328.65.

Selain SUARAM, antara pihak yang dipercayai memperoleh dana dari NED ialah International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for Independent Journalism, Open Dialogue Centre dan Mkini Dot Com.

Selain itu, dikatakan juga bahawa gerakan bersiri Bershit juga telah menerima dana yang agak lumayan dari NED.

Persoalannya, siapakah gerangannya NED yang begitu “pemurah” untuk membiayai pertubuhan-pertubuhan serta media internet di negara kita ini sedangkan Malaysia hanyalah sebuah negara kuasa kecil yang terletak di sudut Asia Tenggara.

NED, menurut penggubal undang-undangnya, Allen Weinstein telah diasas pada tahun 1983 sebagai topeng CIA beroperasi “menawan” dunia yang berselindung di sebalik bantuan dana untuk projek “demokrasi”.

Pengerusinya ialah Carl Gershman yang merupakan seorang Yahudi neo-con yang begitu berpengaruh dan ditakuti oleh ramai pemimpin politik dunia, termasuk pemimpin-pemimpin di negara kuasa-kuasa besar.

Untuk pengetahuan umum, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang akrab dengan pengerusi NED dan pernah menulis surat memohon bantuan dari Yahudi itu untuk menghadapi PRU ke-12 pada tahun 2008 yang lalu.

Malah pernah dirakamkan ucapan Anwar di satu majlis anjuran badan berkepentingan Yahudi itu dan Ketua Pembangkang itu begitu mengagung-agungkan serta berbangga dapat duduk sebaris dengan sekutu-sekutu yang begitu popular menghancurkan dunia Islam.

Justeru pengenalan serba ringkas mengenai NED itu rasanya sudah mencukupi bagi membayangkan agenda dan muslihat yang tersirat di sebalik pertubuhan “amal” tersebut.

Malangnya, anasir-anasir asing yang membawa “virus” itu berjaya masuk dan menyuntik dana yang besar jumlahnya kepada beberapa pergerakan yang begitu aktif bergerak.

Menghairankan, meskipun mereka mendakwa bahawa mereka bergerak sebagai entiti pemerhati bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, segala tindakan dan pergerakan mereka jelas menunjukkan sokongan kuat mereka kepada pihak pembangkang!

Sayangnya, boleh dikatakan ramai juga rakyat Malaysia yang telah berjaya ditipu serta “dibutakan” mata hati mereka dek kerana terlalu percaya tentang sesuatu yang dihidangkan oleh “agen-agen Yahudi” tersebut.

Agak malang sekali anasir-anasir negatif itu tidak dapat dihalang oleh badan perundangan negara memandangkan ia bertopengkan NGO yang kononnya “bersih” diluar dan sekiranya diusik maka ia akan menjadi modal besar untuk mereka menyerang negara ini sebagai “tiada kebebasan bersuara”.

Apa pun saya mengharapkan agar pendedahan secara “tidak sengaja” oleh Pengarah SUARAM itu dapat membuka mata rakyat Malaysia yang masih “lena ditipu agen Yahudi” dan tidak lagi terpengaruh dengan propaganda yang mereka putarkan setiap hari.

Doa kita hanyalah kepada Allah SWT untuk melindungi negara ini dari sebarang unsur negatif Yahudi dari terus “menjajah” minda rakyat seterusnya menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang berjaya “ditawan” oleh badan tersebut. Wallahu’alam.

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");