Published On: Sun, Oct 7th, 2012

Sambutan Jelajah Merdeka Rakyat Di Gopeng Hambar, Anwar Ulangi Janji Palsu Untuk Kuasai Putrajaya

Share This
Tags

BERMODALKAN janji basi menurunkan harga minyak selepas 24 jam menguasai Putrajaya dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin ghairah mengejar impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Bertempat di perkarangan padang Taman Raia, dekat Simpang Pulai, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba menaiki kenderaan rasmi, yakni bas mewah yang mencetuskan kontroversi kerana didaftarkan di bawah nama Menteri Besar Selangor sempena siri jelajah Merdeka Rakyat ke negeri Perak, petang tadi.

Di hadapan kira-kira 300 penyokong, Anwar begitu bersemangat bercerita dan mengulangi kembali janji manisnya untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan Rakyat berkuasa.

Alasan yang diberinya cukup mudah iaitu Malaysia negara pengeluar minyak dan janji menurunkan harga minyak itu dibuat bagi tujuan mengurangkan beban rakyat.

Bukan sahaja menurunkan harga minyak, bayaran tol di Lebuhraya Utara-Selatan turut dihapuskan selain caj elektrik diturunkan selepas beberapa minggu atau bulan PR menguasai Putrajaya, itu kata Anwar lagi.

Semua tahu cerita pembangkang nak turun harga minyak bukan modal baru Anwar dan sudah banyak kali harga minyak jadi bahan kempen pembangkang termasuk dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Selain turun harga minyak, Anwar juga janji program dalam Buku Jingga akan turut dilaksanakan jika pembangkang berjaya tawan Putrajaya.

“Yang penting kita perlu tawan Putarajaya,” katanya.

Beliau turut menjangkakan PRU-13 akan diadakan tahun ini sambil berkata InsyaAllah PR akan menguasai Putrajaya.

Hakikatnya, apa yang dijanjikan oleh PR itu tidak masuk akal dan tidak bertanggungjawab kepada rakyat.

Belanjawan Alternatif bertemakan ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’, dilihat sebagai belanjawan yang tidak masuk akal kerana mampu menggugat hak keistimewaan Bumiputera.

Pihak Pakatan cuba mengaburi hati mata rakyat semata-mata untuk mendapatkan undi dan hanyalah salah satu helah untuk memperalatkan rakyat supaya mengundi mereka.

Rakyat perlu bijak menilai kerana pada 2008, Pakatan telah memberikan janji manis tetapi ia tidak dilaksanakan seperti yang dijanjikan kepada rakyat.

Belanjawan Alternatif juga lebih kepada menghentam dan menghancurkan apa yang sudah dibina dan dibangunkan kerajaan sedangkan apa yang dibina dan dilaksanakan itu adalah untuk kemudahan rakyat.

Ia lebih kepada bajet syok sendiri kerana tidak masuk akal untuk dilaksanakan oleh PR.

Dalam sedap mulut bercakap untuk mengurangkan beban rakyat dan menuduh BN dan UMNO korup, Anwar nampaknya sudah terlupa bas mewah yang digunakannya itu juga membuktikan PR juga cakap tak serupa bikin.

Sehingga ke hari ini, persoalan dari mana sumber wang untuk membeli bas mewah yang menjadi kenderaan rasmi Anwar pada siri jelajahnya ke seluruh negara masih belum terjawab.

Didaftarkan di bawah nama Menteri Besar Selangor, Anwar dan Tan Sri Khalid Ibrahim tak berani buka mulut mendedahkan dari mana mereka mendapat biaya membeli bas mewah itu, sekaligus membuatkan rakyat tertanya-tanya muslihat di sebalik pembelian bas berkenaan.

Apapun, siri jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gopeng tidak mendapat sambutan yang diharapkan penganjur kerana kehadiran orang ramai agak mendukacitakan, bukan ribuan angkanya sebaliknya hanya ratusan sahaja.

Mungkin rakyat sudah muak dengan janji palsu Anwar dan PR yang sanggup menjanjikan bulan dan bintang untuk menguasai Putrajaya, sedangkan hakikatnya ia hanya indah khabar dari rupa.

About the Author

-

Comments

comments

Displaying 2 Comments
Have Your Say
  1. anon says:

    Perghh… Ramai btl penyokong yg dtg tu. Mesti pening AI.

  2. Zek says:

    Cukuplah berbohong Anwar. Rakyat bukan bengong. Mereka ada otak dan boleh berfikir. Mereka belum lupa peristiwa 16 September 2008. Seluruh dunia ditipu oleh Anwar kononnya nak jadi PM pada 16 Sept 2008. Habuk pun tak ada. Rupa-rupanya ahli Parlimen sendiri yang sedar kena tipu meninggalkan PR. Bukan seorang, bukan dua bahkan ramai yang sedar cabut lari meninggalkan Anwar.

    Hanya orang bodoh dan tengin dan mereka yang menerima sogokan sahaja yang terus menyokong kaki penipu ini.

    Sudah-sudahlah Anwar mengencing rakyat.

    Tolak Parti Kencing Rakyat.

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>