Jenayah

Tiga Pekerja Lebuh Raya Maut Dirempuh Treler

Gambar Hiasan:-

Tiga pekerja penyelenggaraan lebuh raya meninggal dunia di tempat kejadian apabila sebuah treler merempuh mereka di Lebuh Raya Utara Selatan KM294, dekat Gopeng.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Ng Kong Soon berkata, treler yang sedang menghala ke Ipoh dari Kuala Lumpur, merempuh lapan pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) di lorong kiri lebuh raya pada kira-kira pukul 4:30 pada Rabu.

Ng berkata, tujuh yang lain, termasuk pemandu treler dan pembantu pemandu, cedera parah.

Beliau berkata, para pekerja berkenaan sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sebelum insiden berlaku.

“Semua mangsa telah dihantar ke hospital di Kampar dan Ipoh untuk menerima rawatan,” katanya.

– mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");