Sukan Hari Ini

QPR pecat Hughes

Selepas Roberto Di Matteo dipecat selaku pengurus Chelsea tiga hari lalu, kini seorang lagi menjadi mangsa apabila Queens Park Rangers (QPR) bertindak serupa dengan memecat Mark Hughes, semalam.

Kelab dari barat London itu dalam laman webnya mengumumkan, pemecatan Hughes itu berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini dibuat selepas Ahli Lembaga Pengarah melakukan pertimbangan dengan teliti susulan daripada pertemuan yang diadakan sejak beberapa hari lalu.

“Bagaimanapun diakui, Hughes telah menunjukkan integriti dan profesionalisme yang tinggi sepanjang berada di kelab ini.

“Namun keadaan mendorong Lembaga Pengarah untuk tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melakukan perubahan ini,” kata kenyataan itu.

Di bawah bimbingan Hughes, QPR gagal mencatat sebarang kemenangan daripada 12 perlawanan awal musim setakat ini untuk menduduki tangga tercorot dalam carta Liga Perdana England.

Faktor itu diakui menjadi punca pemiliknya, Tan Sri Tony Fernandes dari Malaysia bertindak memecatnya bagi memulihkan keyakinan pasukan.

Dua pembantu Hughes, Mark Bowen dan Eddie Niedzwiecki akan mengambil alih tugas sebagai pengendali sementara pasukan apabila QPR bertandang ke Manchester United hari ini.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp setakat ini disebut-sebut bakal menjadi pilihan utama QPR menggantikan Hughes.

– Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");