Sukan Hari Ini

Piala AFF: Malaysia Tewas 3-0 Kepada Singapura

Pasukan Malaysia gagal mengekang asakan skuad Singapura selepas tewas 3-0 pada aksi Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Biarpun skuad Datuk K. Rajagobal mula melakukan serangan ke kubu lawan, namun mereka gagal melakukan cubaan tepat ke arah gol.

Penyerang paling bernilai negara, Norsharul Idlan Talaha dikawal ketat oleh pemain-pemain pertahanan Singapura.

Kealpaan benteng pertahanan Malaysia digunakan sepenuhnya oleh Shahril Ishak pada minit ke-31 sekaligus menewaskan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Enam minit selepas itu, Shahril sekali lagi menjaringkan gol melalui tandukan sebelum babak pertama permainan tamat.

Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, skuad Harimau Malaya bangkit melakukan pergerakan lebih pantas tetapi gagal menghampiri pintu gol yang dikawal rapi, Mohamad Izwan Mahbud.

Kelekaan pemain pertahanan sekali lagi memberi peluang kepada Singapura menambah jaringan apabila pemain gantian,Aleksander Quric tanpa kawalan menanduk mudah ke arah gawang pada minit ke-74.

Keputusan 3-0 mengakhiri permainan walaupun pada masa tambahan cubaan Nor Shahrul Idlan hampir meledak gol pertama negara, namun terkena tiang gol.

Dalam satu lagi aksi Kump B, menyaksikan Indonesia meraih seri 2-2 menentang Laos.

– mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");