Laporan Eksklusif

BAKTI Rai Kanak-Kanak, Golongan OKU Sempena Deepavali

Walaupun sudah beberapa minggu berlalu, keceriaan menyambut Deepavali masih dirasai.

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) hari ini tidak ketinggalan meraikannya bersama kanak-kanak dari 11 badan kebajikan dalam satu majils minum petang yang diadakan di Holiday Villa, Subang.

Pada majlis tersebut, seramai 220 individu yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak-anak yatim dan penghidap kanser menerima sumbangan hamper alat tulis bernilai RM50.

Sementara itu, badan kebajikan pula masing-masing menerima cek bernila RM5,000 sumbangan BAKTI.

Sumbangan ikhlas itu disampaikan sendiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Yang DiPertua BAKTI.

Hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri dan juga Naib Yang DiPertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan ahli-ahli BAKTI yang lain.

Antara badan kebajikan yang menerima sumbangan ialah Persatuan Sindrom Down Malaysia, Cancerlink Foundation, Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah dan lain-lain lagi.

Selain penyampaian sumbangan, majlis turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat India hasil persembahan Permata Seni dan The Temple Fine Arts.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");