Published On: Thu, Nov 29th, 2012

Raja Ema – Sudah Banyak Tahun Tidak Bertudung, Bertudung Bukanlah Satu Paksaan

Share This
Tags

Raja Ema yang menghiasi muka hadapan majalah NONA pada 9 Oktober lepas telah menarik perhatian ramai dan dikatakan kembali “meletup” semula.

Tetapi imej terbarunya yang tidak bertudung itu telah menjadi persoalan daripada segelintir peminat-peminatnya sedangkan sebelum ini dia agak berbeza kerana tampil dengan imej bertudung apabila menjadi isteri Sheqal, dan penampilannya yang bertudung dikatakan sangat manis.

Raja Ema berkata bahawa dia tidak faham kenapa isu tudung pula yang diperbesar kerana sudah bertahun-tahun dia tidak bertudung.

“Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu. Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut.” jelasnya lagi.

- MyArtis.My

About the Author

-

Comments

comments

Leave a comment

XHTML: You can use these html tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>