Perak Hari Ini

Perak Cadang Laksana Projek Inovasi Bantu NGO Berdikari


Kerajaan negeri berhasrat melaksanakan projek inovasi dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha membantu pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai keberhasilan impak sosial tinggi untuk berdikari sepenuhnya.

Yang Dipertua (YDP) Majlis Pembangunan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata projek inovasi yang dikenali juga sebagai Goverment to Civil Society (G2CS) adalah satu kaedah bagi memastikan NGO yang layak dan mempunyai keberhasilan impak sosial yang tinggi dibantu untuk berdikari.

“Kerajaan sedar bahawa sesuatu pertubuhan yang sudah lama beroperasi dengan sumber kewangan geran dan sumbangan agak sukar berubah untuk berdikari sepenuhnya.

“Tetapi dengan bantuan teknikal dan khidmat bimbingan yang sesuai, ia akan memantapkan lagi usaha NGO untuk berdikari sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis Sambutan Hari Pertubuhan Peringkat Negeri Perak di Dataran Ipoh, sebentar tadi.

Tegasnya lagi, sambutan yang dianjurkan dengan kerjasama JKM dan ROS itu juga satu pengiktirafan terhadap peranan pertubuhan dalam membantu kerajaan negeri menghadapi cabaran sosio-ekonomi.

“Pertubuhan ini turut membantu kerajaan negeri menghadapi cabaran sosial bagi mentransformasikan Perak,” katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamidah menegaskan, sekitar 600 penjawat jawatan NGO dari seluruh Perak menghadiri Forum Enterpris Sosial semalam bagi membincangkan kaedah dan panduan untuk melaksanakan projek inovasi antara ROS dan JKM.

Sementara itu, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berkenan mencemar duli merasmmikan sambutan tahunan itu yang turut dihadiri oleh Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pada majlis itu juga, Raja Nazrin dan Tuanku Zara meluangkan masa hampir 30 minit melawat gerai NGO yang membuat pameran termasuklah Persatuan Pemulihan Orang Cacat Perak dan Pusat Pemulihan Sultan Azlan Shah dekat Bercham.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");