Kolumnis

Antara Ganesan Dan Anwar, Siapa Yang Tidak Bermoral?

Mungkin terlalu terdesak mahu merampas kuasa di negeri Perak, wujud pihak-pihak tertentu yang mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi “bahan lucah” yang kononnya melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk R.Ganesan.

Dengan tersebarnya CD tersebut, mungkin pihak yang mengedarnya menjangka bahawa Speaker DUN Perak yang merupakan salah seorang ADUN BN itu menarik diri dari arena politik negara dan bersara sepenuhnya.

Pihak itu fikir, mungkin mereka akan berjaya menamatkan karier politik Datuk R. Ganesan begitu saja. Tapi apakah jangkaan mereka itu benar?

Sudah tentu mereka yang khianat terhadap pemimpin BN Perak itu terkejut apabila Datuk R. Ganesan tampil membuat laporan polis dan Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman turut melakukan perkara yang sama.

Bagi membersihkan namanya, Speaker DUN Perak itu benar-benar mahu pihak polis mengenal pasti pihak yang menabur fitnah terhadapnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat, termasuk dalang yang merancang untuk menjatuhkan nama baiknya.

Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana individu apabila menyedari dirinya difitnah dengan dakwaan yang begitu memalukan dan tidak bermoral.

Sebaliknya, ada seorang lelaki di negara ini, meskipun sudah berkali-kali dikaitkan dengan perlakuan lucah melampau sama ada yang bervisual, secara audio mahupun memang benar-benar “kantoi” air maninya di dalam dubur seseorang, dia tidak pernah membuat laporan polis.

Dia yang saya maksudkan ialah tidak lain tidak bukan, Ketua Pembangkang yang didewa-dewakan seluruh puak Pakatan Haram, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika dikaitkan dengan kes Liwat I pada tahun 1996 dahulu, Anwar pernah membuat laporan polis dan secara khusus meminta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan yang ketika itu menjawat jawatan pegawai polis berpangkat inspektor melakukan penyiasatan.

Bila hasil siasatan Tan Sri Musa menuding jari kepada Anwar, “papa Nurul Izzah” itu lekas-lekas memaksa siasatan terhadapnya dihentikan serta merta dan cuba menarik balik laporan polis yang dia lakukan.

Merujuk pula kepada kes Liwat II yang juga mengaitkan Anwar yang dikatakan meliwat pembancuh kopi yang dibawanya ke hulu ke hilir hingga ke luar negeri, Anwar bertindak lari masuk ke dalam premis Kedutaan Turki!

Dia sanggup lari menyorok di dalam Kedutaan Turki selepas Saiful Bukhari melakukan laporan polis terhadapnya? Sangat memalukan! Hanya orang yang bersalah saja yang akan takut dan melarikan diri dari keadilan!

Bila video Chinadoll tersiar secara meluas sehingga ke Jepun, Anwar menunggu lebih seminggu untuk membuat laporan polis. Anwar kononnya mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah dan konspirasi untuk memburukkan namanya!

Sudahlah mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis, dan sangat memalukan pula apabila laporan forensik dari pakar di luar negara membuktikan bahawa 99 peratus “pelakon porno” di dalam video itu adalah dirinya sendiri!

Akibatnya, ramai pihak tampil membuat laporan polis terhadap Anwar mendakwa bahawa “raja putar alam” itu telah membuat satu laporan polis palsu! Lebih memalukan, bukan?

Itulah bezanya di antara pemimpin yang bermoral dan tidak bermoral. Pemimpin yang bermoral sangat pasti dia tidak melakukan kesalahan, yakin dengan dirinya dan tidak teragak-agak untuk meminta polis untuk menyiasat, sekaligus membersihkan namanya.

Berbanding dengan pemimpin yang tidak berakhlak, sudah tentu dia akan lari, menyorok ketakutan dan menunggu masa yang lama untuk membuat keputusan sama ada mahu melaporkan kepada pihak polis atau tidak.

Maklumlah, dia sedar dia lakukan kesalahan, tapi kerana mahu dilihat “benar”, dia terpaksa berlakon seolah-olah dia tidak lakukan apa-apa kesalahan dan minta disiasat! Putar alam sungguh! Itupun mahu sokong Pakatan Haram dan mahu Anwar jadi Perdana Menteri? Anda bermoral atau tidak?

– PANDORA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");