Perak Hari Ini
Like

CCTV dipasang di kawasan ‘panas’

July 31, 2010
385 Views
0 Comments
1 minute read
CCTV dipasang di kawasan ‘panas’

SERI MANJUNG – Berita gembira kepada warga daerah Manjung apabila pemasangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung akan digunakan selewat-lewat hujung minggu hadapan.

Yang Dipertua MPM, Zamri Man berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk meletakan CCTV di beberapa kawasan panas di daerah itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Menurutnya, pemasangan 16 buah CCTV sekitar Seri Manjung dan kawasan lain adalah sebagai alat pengesan kepada penjenayah yang melakukan jenayah di daerah itu.

“Walaupun bilangan ideal yang perlu diletakkan adalah sebanyak 60 buah CCTV tetapi pemasangan 16 CCTV ini adalah sebagai satu cara pihak MPM dan polis menangani masalah kegiatan jenayah yang sering berlaku,” katanya selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis bagi sesi 2010/2011.

Hadir sama, Setiausaha MPM, Azizan Abd Muin dan juga ketua-ketua Jabatan MPM serta Ahli Majlis MPM.

Katanya, kesemua CCTV yang dipasang menggunakan wifi dan dua CCTV dipasang di IPD Manjung dan MPM bagi tujuan pemantauan.

“Bagi Pulau Pangkor, pemasangannya akan dilaksanakan kemudian kerana kedudukannya yang jauh dan kami akan berbincang dengan pihak kementerian bagi mengatasi masalah ini.

“Dengan pemasangan CCTV itu, diharap kadar jenayah di daerah ini akan menurun,” katanya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply