Berita Hari Ini

Klinik Dr Zambry kaedah baru selesai masalah rakyat

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mewujudkan ‘Klinik Dr Zambry’ dalam usaha beliau mempermudahkan urusan rakyat dengannya, sekaligus menyelesaikan setiap masalah rakyat yang berbangkit.

Beliau berkata, ‘klinik’ bergerak itu terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat, termasuk daripada pembangkang, untuk menyuarakan masalah mereka setiap kali beliau turun padang menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di daerah-daerah atau program Juara Rakyat.
“Walaupun pendekatan bertemu rakyat telah dipraktikkan sebelum ini, namun kaedah klinik ini diharap mampu merapatkan lagi hubungan dengan rakyat tanpa sebarang halangan.

“Klinik ini adalah lanjutan daripada pendekatan bertemu rakyat yang kita adakan. Sebelum ini kita juga adakan dialog terbuka tetapi masih merasakan ada halangan antara saya dengan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama pegawai-pegawai kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan kerajaan negeri mengadakan mesyuarat Exco kerajaan negeri di setiap daerah dan kampung-kampung adalah antara usaha untuk mengurangkan kerenah birokrasi.

“Sebelum ini mesyuarat Exco diadakan di sini (Ipoh), kemudian di pejabat-pejabat tanah daerah, sekarang kita diadakan di kampung-kampung dan telah bermula di Trong (Bukit Gantang) Rabu lepas,” katanya.

Zambry berkata, langkah memperkenalkan pendekatan mesra rakyat yang berubah-ubah bertujuan memberi peluang dan kesempatan kepada setiap rakyat untuk menyuarakan masalah dan pendapat mereka supaya kehidupan rakyat lebih terjamin serta sejahtera.

Pada majlis tersebut, Menteri Besar turut melancarkan gerbang khidmat pesanan ringkas (SMS) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu mySMS 15888.

Orang ramai boleh membuat aduan, semakan aduan dan status permohonan seperti pinjaman pendidikan, pekerjaan, tanah dan lain-lain secara terus dengan caj yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan dipohon ialah 35 sen.

Mereka yang ingin mengetahui perkara atau urusan berkaitan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) juga boleh mendapatkan maklumat melalui mySMS.

Turut dilancarkan pada majlis itu ialah skim perlindungan insurans membabitkan 539 pemandu dalam perkhidmatan kerajaan negeri ketika ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");