Berita Hari Ini

Pelancaran Program Anak Angkat Dan Keraian Anak Angkat

IPOH– 24 Julai 2010-Dalam merealisasikan visi bagi membantu anak-anak golongan keterbawahan, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Perak memperkenalkan Program Anak Angkat yang dilancarkan pada malam ini  di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Bagi fasa pertama , sejjumlah 101 anak angkat daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang yang merupakan anak jati Perak telah dipilih untuk menjadi anak angkat kepada YAB Menteri Besar Perak.

Mereka bakal menerima bantuan kewangan melalui akaun simpanan (GIRO) Bank Simpanan Nasional dengtan agihan bantuan sebanyak 3 kali setahun sehingga tamat persekolahan. Anak angkat yang diambil terdiri daripada pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 dari 10 daerah dalam Perak dengan 10 pelajar dari setiap daerah.

Program ini bertujuan untuk mengatasi masalah keciciran pelajaran di kalangan anak-anak golongan keterbawahan yang rata-ratanya terpaksa menamatkan alam persekolahan awal berikutan masalah kesempitan kewangan keluarga.

Melalui Program Anak Angkat ini, ia juga diharapkan akan membentuk jati diri anak-anak dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar serta sebagai perangsang agar mereka lebih sensitif dan peka dengan persekitaran untuk menjadi insan yang berkualiti.

Elemen pemupukan nilai kemasyarakatan serta disiplin yang tinggi dalam diri mereka turut ditekankan melalui program ini.

Secara asasnya, pengenalan dan pelaksanaan program sebegini adalah selaras dengan Gagasan Perak Aman Jaya untuk melihat masyarakat mendapat agihan manfaat ekonomi yang seimbang serta mampu menambah baik taraf kehidupan mereka.

Justeru itu, Yayasan Bina Upaya mendokong penuh penyertaan , sokongan serta sumbangan dari badan-badan koperat dan individu untuk sama-sama kita merealisasikan sebuah harapan baru dalam kehidupan anak-anak ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");