Berita Hari Ini

Program Juara Rakyat Dan Mesra Pelanggan Dun Trong

TRONG – Program Juara Rakyat dan Mesra Pelanggan yang diadakan di Padang Sg. Kerang merupakan program besar yang pertama kali diadakan di kawasan tersebut. Namun sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk tempatan dan sekitarnya amat memberangsangkan. Banyak program yang dijalankan selama dua hari tersebut yang dapat merapatkan pemimpin dengan rakyat.

Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Dr. Zambry, berkata dalam ucapan Perasmian Program Juara Rakyat dan Mesra Pelanggan disini pada 15 Julai 2010 bahawa terdapat 3P perlu di lakukan oleh semua ADUN dan Jabatan iaitu perlu turun padang untuk melihat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat tidak kira di Bandar ataupun di desa, kedua memahami perasaan rakyat dan dapat merasai sendiri apa yang mereka hadapi, ketiga adalah penyelesaian terhadap masalah tersebut dengan memberitahu pihak yang berkenaan samada wakil rakyat, Menteri Besar sendiri, atau Jabatan-jabatan kerajaan.

“Padang Sg. Kerang digunakan oleh penduduk Trong bagi aktiviti-aktiviti seperti Pasar Malam, bersukan dan aktiviti lain, namun tidak disediakan kemudahan seperti tandas. Dengan itu, peruntukan sebanyak RM 30 ribu telah diluluskan bagi tujuan tersebut.

Diharapkan selepas siapnya kemudahan tandas itu, tidak di persiakan seperti menconteng atau membiarkannya kotor. Tambahnya lagi, klinik Zambry dibuka untuk kemudahan, agar  dapat meningkatkan kesihatan penduduk setempat.”

Dalam lawatannya ke gerai pameran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), beliau juga sempat menyampaikan sumbangan berupa beras, tepung, gula dan minyak kepada Melayu, Cina dan India masing-masing lima (5) orang yang disumbangkan oleh YBUDR. Selain itu, sempat juga Menteri Besar meluangkan masa ke tapak Projek Infra Bina Upaya, YBUDR di Kg. Merbuk Merbau bagi memberi pelan rumah yang bakal di bina kepada tiga orang penerima iaitu Norafeda Bt. Wahab (Kg. Merbuk Merbau), Siti Hija Bt Saman (Kg. Sg. Kerang), dan Yeng Yong Thing (Kg Baru) dalam kawasan DUN Trong.



Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");