Berita Hari Ini
Like

70 RIBU PELAJAR KELANTAN TERIMA ‘DUIT RAYA’

August 1, 2010
631 Views
0 Comments
45 seconds read
70 RIBU PELAJAR KELANTAN TERIMA ‘DUIT RAYA’

KOTA BHARU – Seramai 70 ribu murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 6 akan menerima agihan wang ihsan berjumlah RM14 juta di negeri ini dijangka mendapat ‘duit raya’ sebelum Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha berkata, pihaknya akan memastikan kesemua murid dan pelajar itu menerima wang ihsan berkenaan yang dianggarkan berjumlah RM200 untuk setiap seorang.

“Sehingga kini, JPP sedang menyiapkan borang permohonan kepada pelajar yang belum mendaftar bagi memastikan tiada yang tercicir.

Makhtar berkata, bagi sebuah keluarga, dihadkan hanya 2 penerima bantuan dan sekiranya ada 3 permohonan, pihaknya tetap akan memilih 2  yang layak.

Komen & Pendapat

Leave a Reply