Berita Hari Ini
Like

Membazir: Zambry nak buktikan niat buruk pembangkang di sidang DUN Selasa

August 2, 2010
275 Views
0 Comments
1 minute read
Membazir: Zambry nak buktikan niat buruk pembangkang di sidang DUN Selasa

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan membuktikan pembangkang berniat buruk apabila mendakwa kerajaan negeri membazir duit dan mengenai usul khas untuk mendapat dana tambahan RM80 juta dalam Bajet 2010 semasa sidang Dewan Undangan Negeri Selasa ini.

Katanya beliau akan memberi penjelasan pada sidang itu mengenai keperluan mengemukakan usul perbelanjaan tambahan untuk tahun ini.

“Dana tambahan ini bukan bertujuan memperbesar defisit. Mereka membuat kenyataan berniat buruk untuk menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat…saya akan buktikan dalam sidang DUN dan jika mereka berbohong, mereka mesti minta maaf kepada orang ramai,” katanya di Ipoh Ahad.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan Pengerusi DAP negeri Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sitiawan bahawa kerajaan negeri membazir duit dan usul perbelanjaan tambahan sebanyak RM80 juta itu akan menambah defisit.

Sidang DUN pada Oktober lalu meluluskan Bajet 2010 dengan defisit RM23 juta.

Zambry berkata jumlah sebenar perbelanjaan tambahan itu hanya akan diketahui apabila dibentangkan Selasa ini.-1/8/2010

Komen & Pendapat

Leave a Reply