Perak Hari Ini
Like

Pembangkang perlu minta maaf

August 2, 2010
257 Views
0 Comments
1 minute read
Pembangkang perlu minta maaf

IPOH 1 Ogos – Kerajaan negeri akan memberi penjelasan terperinci kepada rakyat Perak berhubung setiap sen wang awam yang dibelanjakan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga akan menjelaskan keperluan perbelanjaan tambahan untuk tahun kewangan sekarang yang akan tamat Oktober ini bagi menangkis tohmahan pembangkang dalam kenyataan akhbar dan ceramah mereka sejak kebelakangan ini.

”Mereka menyebar fitnah dalam blog menyatakan kerajaan membazir duit negeri. Mereka membuat kenyataan berniat buruk untuk menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat.

”Saya akan memberi penjelasan dan membuktikan cara kita berbelanja pada sidang DUN lusa. Jika mereka berbohong, saya mahu mereka minta maaf kepada rakyat,” katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Jeyaratnam di Yayasan Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa kerajaan BN akan mengemukakan usul khas untuk mendapat dana tambahan sebanyak RM80 juta dalam Bajet 2010, menjadikan defisit keseluruhan kerajaan negeri RM103 juta.

Kerajaan BN pada Oktober lalu meluluskan Bajet 2010 dengan defisit RM23 juta.

Ketika ditanya jumlah sebenar dana tambahan yang diperlukan oleh kerajaan negeri untuk bajet tersebut, Zambry berkata, segala-galanya hanya akan dibentangkan pada sidang DUN tersebut.

Pada majlis itu, Zambry mengumumkan sumbangan RM100,000 untuk Pusat Pemulihan Sultan Azlan Shah bagi menyediakan kemudahan terapi orang kurang upaya (OKU) yang dikendalikan oleh Yayasan Sultan Idris Shah.

Komen & Pendapat

Leave a Reply