Perak Hari Ini

Majlis Sumbangan Zakat dari Kerajaan Negeri Perak

BERUAS, 7 September, 4.00 petang – Bertempat di Dewan Inderawati, Beruas telah berlangsung satu Majlis Sumbangan Zakat dari Kerajaan Negeri Perak.

Sumbangan berbentuk makanan dan kerusi roda ini telah diagih kepada 155 penerima yang layak dari 3 cawangan iaitu Cawangan Berua Barat, Cawangan Beruas Timur dan Cawangan Inderawati. Penerima sumbangan terdiri dari Ibu Tunggal, Warga Emas, Miskin Tegar dan Orang Kurang Upaya (OKU)

Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Abu Bakar dan susuli ucapan dari (Naib Ketua UMNO Beruas) En.Azma Zaki, yang mewakili ucapan untuk ketiga-tiga cawangan tersebut.

Turut memberi ucapan pada majlis ini ialah (Pengurus Yayasan Perak) Tuan Jamal Mat Kasa yang dalam ucapannya mengalu-alu kepada masyarat yang ingin anaknya melanjutkan pelajaran dan mendapatkan biasiswa boleh datang ke Yayasan Perak untuk memohon bantuan tersebut.

Ucapan seterusnya dari En.Azhar Ahmad (Pegawai Khas Menteri Besar Perak), beliau bekata dalam ucapannya, ini adalah program terakhir sebelum menjelang aidilfitri, sumbangan ini adalah tanda ingatan kasih dan sayang dari Kerajaan Negeri Perak kepada rakyat. Beliau juga mengharapkan masyarakat kita kini lebih bersatu padu.

Sedikit sebanyak, sumbangan ini juga dapat menjaga hati dan meringankan beban mereka.

Dalam ucapannya, En.Azhar dan keluarga juga memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenal dirinya secra lansung dan tidak langsung. Beliau juga mengucap Selamat Menyambut Hari Raya AidilFirti.

Turut hadir pada majlis ini, En Mohali Mat Noor, Ketua Kampung dan Penghulu bagi memeriah majlis ini.

KLIK PADA LINK INI UNTUK KE GALERI SEKITAR MAJLIS INI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");