Berita Hari Ini

Anwar Pertahan Artikel 153, Nurul Izzah Pula Pertikai

Dalam perutusan sempena Merdeka, Anwar Ibrahim telah menegaskan kepentingan mempertahankan Artikel 153 dan 152 berkenaan kedudukan Melayu dan Bumiputera serta Bahasa Kebangsaan.

Apa yang diseru oleh Anwar bukanlah perkara baru malah sememangnya telah lama dilakukan oleh UMNO.

Sebaliknya, yang tidak jemu-jemu mencabar Artikel 153 dan 152 selama ini adalah Pakatan Rakyat termasuk parti Anwar sendiri, iaitu PKR dan anaknya sendiri, iaitu Nurul Izzah.

Dalam tulisan Nurul Izzah di dalam Malaysian Insider, dia menekankan soal ‘kedudukan istimewa’ dan ‘hak keistimewaan’ orang Melayu, yang mana kononnya memberi makna berbeza. Katanya juga, Perkara 153 adalah bersifat sementara dan bukannya kekal sebagai hak Melayu.

Kata Nurul Izzah lagi, “Hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideology dan bukannya sebuah undang-undang atau perlembagaan. Istilah Hak Melayu hanya wujud selepas berlakunya persetujuan mengenai kontrak sosial yang menyaksikan definisi agenda Melayu diperluas merangkumi hak Melayu.”

Nampaknya kerana terlalu giat menipu dan membelit, anak beranak ini telah kehilangan punca dan mula bercanggahan dalam membuat kenyataan.

‘Hak’ atau ‘Kedudukan’ istimewa Melayu secara harfiahnya, sama saja sepertimana Solat dan Sembahyang yang merujuk kepada perbuatan yang sama.

Melayu punya hak istimewa kerana kedudukannya yang istimewa iaitu merupakan penduduk asal negara ini. Oleh itu, hak keistimewaan Melayu timbul dari kedudukannya yang istimewa. Tanpa kedudukan istimewa tidak mungkin akan ada hak istimewa. Ia adalah semudah itu.

Kedudukan Melayu akan tetap kekal istimewa kerana walau apa pun terjadi, Melayu tetap merupakan penduduk asal negara ini dan fakta itu tidak boleh diubah dengan apa cara sekali pun.

Selagi kedudukan istimewa Melayu itu kekal, selagi itulah hak Melayu sebagai penduduk asal juga kekal. Tidak ada asas bari Nurul Izzah untuk menyatakan yang Perkara 153 adalah bersifat sementara.

Nampaknya, Nurul Izzah hanya membelitkan kata-kata untuk mengambil hati kaum bukan Melayu. Malangnya, kata-kata tersebut telah membelit dirinya dan juga bapanya.

Jelas, Nurul Izzah adalah anak bapa. Dia mewarisi segala-gala sifat bapanya iaitu pandai membelit kata-kata, gila kuasa, pengkhianat negara serta pengkhianat bangsa. Jika dia seorang lelaki, pasti dia juga akan mewarisi tabiat luar biasa bapanya.

Memandangkan Anwar juga sudah tua dan mungkin terpenjara lagi manakala Wan Azizah pula kelihatannya sudah patah hati, tidak mustahil Nurul Izzah akan menjadi pengganti sebagai peneraju parti. Ini kerana amalan mencipta dinasti keluarga dalam pembangkang bukanlah asing di mana Dinasti Singh dan Lim sudah pun menunjukkan jalannya.

Jika Nurul Izzah yang menerajui PKR dan andainya Pakatan Rakyat menjadi pemerintah, Melayu pastinya tidak akan ada harapan lagi di bumi Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");