Isu Panas

Bukti Sebenar Zaid Ibrahim Perisik UMNO

Sokongan terbuka yang diterima Azmin mungkin menyebabkan dirinya sudah terlalu yakin akan menjadi Timbalan Presiden PKR....namun dia harus sedar dia sedang berhadapan dengan siapa sebenarnya....ia pastinya tidak akan menjadi satu laluan yang mudah

Baru ini Satu Hala menulis mengatakan Zaid Ibrahim adalah perisik UMNO dalam PKR.

Beberapa hujah telah Satu Hala berikan bagi menzahirkan Zaid Ibrahim adalah perisik UMNO antaranya kedudukan kewangan dan harta Zaid tidak pernah susut malah terus berkembang sejak menyertai PKR.

Hakikatnya, selama ini Zaid berjaya hanya disebabkan semata-mata oleh bantuan daripada UMNO dan ini bermakna UMNO masih membantu Zaid sehingga kini.

Ada teori politik mengatakan Zaid sebenarnya diarahkan menyertai PKR sebagai alat untuk memusnahkan parti berkenaan dari dalam.

Dan setakat ini Zaid nyata telah berbuat yang terbaik ke arah menghancurkan PKR secara perlahan-lahan.

Hakikat peranan Zaid dalam PKR sebenarnya disedari sebahagian besar pemimpin peringkat akar umbi PKR. Sebab itu sejak beberapa hari lalu, berlumba-lumba Ahli Parlimen, Senator dan ADUN PKR seluruh negara meluahkan sokongan terbuka kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Dalam pada itu, rakan Satu Hala menelefon dan mengingatkan Satu Hala akan bukti sebenar yang memperlihatkan Zaid Ibrahim itu adalah perisik UMNO dalam PKR.

Rakan itu berkata, pernah tak sesiapa mendengar Zaid Ibrahim mengutuk Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak keluar daripada UMNO untuk menyertai PKR?

“Zaid belasah hampir semua orang dalam UMNO termasuk bekas Presiden, Tun Dr. Mahathir, tetapi sehingga kini tidak ada sekali pun dia mengutuk atau mempersoalkan Datuk Seri Najib, tidakkah itu satu bukti Zaid adalah perisik yang mungkin dihantar oleh Najib sendiri,” katanya.

Hmmm….mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh rakan penulis itu.

Bila kali terakhir Zaid mengutuk atau mempersoalkan Najib kan?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");