Berita Hari Ini

Dedahkan indentiti anda, kata exco PKR Selangor

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR yang terbabit dengan rancangan menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu mendedahkan identiti mereka , kata exco kerajaan negeri Elizabeth Wong.

“Tiada orang yang sempurna, mereka seharusnya bercakap dan tidak menyembunyikan diri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu.

Beliau memberi respons kepada laporan terhadap sekumpulan 15 ahli parlimen PKR yang dikaitkan dengan Naib Presiden Azmin Ali berkempen untuk menjatuhkan Khalid, yang mereka sifatkan bukan pasukan mereka dan tidak mencapai prestasi.

Azmin bagaimanapun, menafikan beliau menjadi ketua kepada kepada konspirasi itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula percaya Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya menyingkirkan 15 ahli parlimen berkenaan.

“Isu mengenai Khalid telah berlaku lebih setahun lalu. Dalam kongres parti presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata Khalid tidak akan disingkirkan.

“Jika seorang pemimpin atasan membuat keputusan, pemimpin lainnya akan mematuhinya,” katanya.

Sementara seorang pemimpin Umno negeri ketika dihubungi berkata, `penentangan’ terhadap Khalid berlaku sejak dahulu lagi.

Adun Kuang, Syukur Idrus berkata, mereka tidak berani menunjukkan penentangan secara terbuka kerana faktor Anwar.

“Saya rasa Anwar sendiri tidak begitu mempercayai Khalid sehingga terpaksa menerima jawatan penasihat ekonomi negeri Selangor.

“Kalau mereka berbaik-baik sesama mereka, itu hanya lakonan semata-mata,” katanya. FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");