Perak Hari Ini

Hotel terapung 25 tingkat daya tarikan baru di Lumut

Lumut waterfront

Sebuah hotel terapung yang lengkap dengan sebuah muzium perkapalan berharga RM160 juta akan menjadi tarikan baru pelancong ke Daerah Manjung.  Hotel 4 bintang itu akan dibina oleh Plus Asia Jaya Sdn Bhd di atas kawasan seluas 1.99 hektar berhampiran dengan Lumut Waterfront.

Kapal KD Rahmad yang telah tamat tauliahnya akan menjadi sebahagian daripada binaan hotel tersebut. Kapal tersebut telah diserahkan oleh TLDM kepada kerajaan Perak pada  Januari lalu.

Majlis pecah tanah hotel 25 tingkat itu akan dilakukan oleh YAB Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir Sabtu ini. Hotel yang mempunyai 310 bilik itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Dewan banquet dalam memuatkan seramai 1 500 orang untuk satu majlis keramaian dan 2 500 untuk seminar.  Dua tingkat restoran, 45 buah kedai dan 3 tiga tingkat untuk ruang pejabat juga disediakan. Bahagian bawah akan dijadikan tempat pakir kenderaan.  Hotel juga akan menyediakan kemudahan bot untuk pelancong  membuat  lawatan ke hutan bakau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");