Berita Hari Ini

Ismail Omar Rasmi Jadi KPN

Tan Sri Ismail Omar hari ini secara rasmi menerima tugas sebagai Ketua Polis Negara (KPN) daripada Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat kontraknya pada 12 September ini.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman itu turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam.

Majlis tersebut dilakukan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat perkenan bagi pelantikan Ismail itu daripada Yang di-Pertuan Agong pagi ini.

Kekosongan jawatan bagi timbalan ketua polis negara pula akan diisi oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Hussin Ismail, 57.

Mahmood berkata, majlis berkenaan tidak dilakukan secara terburu-buru sebaliknya hanya dipercepat berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 September ini.

“Kita berharap masyarakat tidak tersalah anggap dengan majlis yang diadakan dalam masa terdekat kerana jika dilakukan minggu hadapan mungkin ramai tidak dapat hadir.

“Mengikut peraturan, majlis serah tugas itu perlu diselesaikan sebelum kontrak Musa tamat,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, KDN mengucapkan terima kasih terhadap jasa yang telah diberikan Musa sepanjang menjawat jawatan tersebut sejak 12 September 2006.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");