Perak Hari Ini

Isteri lapor polis terhadap suami

IPOH: Isteri kepada seorang pemimpin akar umbi PKR, yang mendakwa seorang timbalan menteri menjual dadah dan terlibat dengan sindiket pelacuran, membuat laporan polis menuduh suaminya mendera beliau dan anak-anak perempuannya.

A Mageswari, 40, membuat laporan terhadap suaminya M S Arjunan di Balai Polis Kg Tawas di ini semalam mendakwa kedua-dua suaminya dan anak lelaki Kalaimugilan mengancam, memukul dan mengurung beliau dan dua anak perempuan dalam sebuah bilik di rumahnya.

Bercakap kepada FMT semalam, Mageswari mendedahkan bahawa anak perempuannya yang bongsu berjaya mendapatkan pertolongan daripada jiran-jiran dengan melompat dari tingkap bilik.

“Saya merasa kecewa dengan anak lelaki saya yang menggunakan kata-kata kesat terhadap saya dan memukul anak perempuan saya. Kami sungguh susah hati dengan perangai suami dan anak lelaki saya,” katanya.

Bulan sudah, Arjunan mendapat liputan media di dada akhbar-akhbar media perdana selepas membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar M Saravanan dan mendakwa beliau terlibat dengan aktiviti haram.

Sementara itu, ketika dihubungi, Arjunan mengesahkan isterinya membuat laporan polis terhadapnya dan anak lelaki mereka.

Beliau berkata, ini adalah masalah keluarga dan “tidak perlu” menimbulkan isu ini, menambah bahawa anak lelakinya juga membuat laporan polis terhadap ibu tirinya.

Adalah difahami, Mageswari adalah isteri kedua Arjunan selepas isteri pertamanya meninggal dunia beberapa tahun lalu. Kalaimugilan adalah anak lelaki isteri pertama manakala kedua-dua anak perempuan itu adalah anak Mageswari. FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");