Berita Hari Ini

Jawapan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Lim Kit Siang

SOALAN DARI TV3: Tan Sri, ada dakwaan daripada Lim Kit Siang yang mentafsir kuasa eksekutif tu.. boleh jelas sikit?

Saya nak ambik peluang sikit nak jelaskan, disini KSU dan Ketua Pengarah pun ada, perkara ini dimainkan berulang kali sehingga saya diberikan gambaran seolah-olah saya tidak menyokong 1Malaysia, seolah-olah saya bersubahat dengan apa yang dilakukan oleh guru besar atau pengetua, apa yang disebutkan oleh Kit Siang, kata-kata hasutan dan sebagainya.

Saya nak jelaskan bahawa walaupun perkara itu sudah dibangkitkan dalam media semua sekali, termasuk media Cina lebih lagi, tentang apa yang berlaku di Kulai Jaya dan Bukit Selambau di Kedah, tajuknya sama lah, tapi keadaan berbeza diantara kedua kes tadi, tapi melibatkan guru atau pengetua yang sudah lama berkhidmat dalam kerajaan.

Pengetua-pengetua ini berjawatan tetap. Dan oleh sebab mereka berjawatan tetap, mereka sudah menjadi pegawai kerajaan. Maka segala bentuk tindakan-tindakan tatatertib terhadap pegawai ini mestilah bersandarkan kepada aturan-aturan yang sudah ada dalam perjawatan kerajaan.

Dalam soal ini bukan hanya guru, tetapi semua penjawat-penjawat awam akan tertakluk kepada peraturan yang sama. Samada ia berkaitan dengan kes disiplin biasa ataupun berkait dengan kes hasutan dan sebagainya yang berkaitan dengan undang-undang ia akan tertakluk kepada peraturan yang sama, yang terkandung didalam aturan disiplin.

Mungkin KSU boleh Bantu saya jelaskan lagi perkara ini. Jadi oleh sebab itu, bila timbul kes sebegini, saya harus bersifat waras, rasional, tidak emosional, walaupun saya sedar ia sudah menimbulkan pelbagai polemic tentang soal kata-kata hasutan atau seditious yang tidak seharusnya diungkapkan oleh pengetua-pengetua tadi. Tetapi kita yang bertanggungjawab dalam soal urusan pentadbiran kewajaran yang saya sebutkan tadi dan harus faham dan jelas kerana tindakan tatatertib kepada pegawai kerajaan berjawatan tetap ada aturannya.

Dan aturannya ialah, ada peringkat-peringkat kalau pegawai itu rendah, siapa yang harus duduk, kalau pegawai itu tinggi, siapa yang harus mendengar kes. Dan kita harus bertindak berdasarkan kepada dasar yang adil, basis of justice must be applied at all times. Kita tidak boleh bertindak atas dasar politik. Kita tidak boleh bertindak atas dasar emosi. Bila timbul hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan kita hanya bertindak atas dasar aturan dan asas yang dikatakan “just”, mesti adil, dan adil inilah menerusi system disiplin yang sudah pun termaktub dalam pentadbiran seperti kementerian pelajaran dan lain-lain, ada aturan dia.

Tidak ada dalam mana-mana peraturan itu, kuasa menteri, saya dah semak berkali-kali. Menteri tak ada kuasa untuk pecat, tolong beritahu kepada siapa yang ada kuasa, Menteri tiada kuasa untuk gantung, menteri tiada kuasa untuk beri amaran, saya sebutkan ini yang dicabar oleh kit siang, macam kit siang ini tak paham, pasal dia tak pernah jadi pegawai kerajaan, dia orang politik, seratus peratus totok politik. Dia tak faham tentang pentadbiran, saya bertindak sebagai menteri berdasarkan undang-undang. Dan saya juga bertindak di atas dasar perlembagaan.

Perlembagaan kata kita mesti berikan peluang kepada seseorang itu untuk dia menjawab. Ia mesti berdasarkan aturan, berdasarkan fakta, walaupun banyak dah orang sebut macam-macam, tetapi sampai soal tindakan, ia mesti bersandarkan kepada perlembagaan. Bermakna, kalau seseorang itu dikatakan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan disiplin maka proses pertamanya, orang itu mesti dihantarkan surat tunjuk sebab.

Bukan begitu? Dalam kes wartawan pun, dalam kes perjawatan, ada show cause letter kan? Betul tak? Tak tau lah dalam sin chew mungkin tiada kot, nanyang takde. Dalam kerajaan mesti ada show cause letter. Kenapa tindakan-tindakan ini tidak boleh diambil terhadap seseorang pegawai.

Dan pegawai itu diberi masa menjelaskan, maka pihak lembaga tatatertib akan duduk dan mendengar kes itu. Mesti ada proses untuk dia diadili. Kerana ini serius. Kit siang kata pecat, gantung. Dia boleh lah buat macam itu. Tapi menteri tak ada kuasa. Dalam blog dia berkata, menteri kata ‘tangan saya sudah terikat’, ‘my hands are tied’ bukan saya kata my hands are tied, my hands are loose, tapi kuasa menteri, keterbatasan kuasa menteri, dari soal tindakan itu jelas, paham tak?

I think I speak very clear bahasa. Kalau kit siang tak faham tak pa, tapi media kena faham, saya harap media bahasa cina pun harus faham. Oleh sebab itu, sekarang ini kita sudah siapkan laporan dan kes pegawai ini kes pegawai DG48, siswazah, dia pengetua, dia bukan pegawai guru biasa. Pengetua. Macam jugak pegawai daerah. Jawatan dia tinggi. DG48, 52 tinggi. Walaupun dia guru besar. Jadi bila jawatan dia tinggi, siapa yang boleh mendengar kes ini?

Iaitu ketua setiausaha Negara dan urusetianya adalah jabatan perkhidmatan awam. Urusetianya adalah ketua pengarah jabatan perkhidmatan awam Malaysia. Jadi sekarang ini, kita diperingkat kementerian mengambil tindakan berdasarkan peraturan-peraturan selepas di adu, di cerita, maka kita pergi siasat. Itu telah dibuat. Dan disiapkan siasatan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh TKSU kementerian saya, bagi kedua-dua kes itu tadi. Jadi lepas siap, kita hantarlah kepada pihak jabatan perkhidmatan awam, ketua pengarah, dan ianya akan dipengerusikan oleh ketua setiausaha Negara.

Chief Secretary of the Government. Jadi bila dengar esok, terserah kepada dia lah. Jadi dia akan putuskan samada kes itu adil atau tidak. Walaupun orang sudah cakap macam-macam. Tapi adakah evidence nya? Sedangkan saya baca dalam surat khabar, waktu kes itu berbangkit pun, banyak orang buat laporan polis terhadap guru itu, ada jugak yang membuat laporan polis menyokong guru ini, pun ada jugak. Dan saya mendengar kenyataan daripada polis menyatakan oleh sebab pihak-pihak mengeluarkan macam-macam, dia katakan percanggahan maka kes itu tidak di panjang.

No further action. Itu laporan daripada polis. Itu daripada sudut undang-undang yang sedia ada di bawah akta hasutan agaknya. Kalau ada pun. Itu polis punya hal. Tapi bila soal pentadbiran sekolah dibawah kementerian pelajaran, kita pun ada prosedur. Iaitu dari sudut pentadbiran. Jadi dia harus didengar, oleh Ketua Setiausaha Negara yang mempengerusikan mesyuarat untuk melihat samada wajar tak pegawai yang dikatakan sudah mengeluar perkataan itu di ambil tindakan, ada tak bukti-bukti yang jelas, mesti atas dasar-dasar keadilan, malahan kalau pegawai ini mungkin kalaulah dikatakan melakukan sesuatu kesalahan, dia akan dihukum, pegawai itu juga ada hak untuk merayu, betul tak? I

ni proses, because you have to be fair. The civil servant must be ____ on the basis of just, justice. Must be fair. And I’m not emotional. Bukan saya bodoh. Bukan saya tidak tahu apa yang telah berlaku. Saya dengar, kit siang sampai nak bawak ke parlimen, bawak usul, dia boleh bawak itu hak dia, samada speaker akan benarkan atau tidak. Tapi saya hendak jelaskan di sini, KSU boleh tambah lagi kalau ada.

Itu situasi yang sebenarnya. Jadi saya kena berhati-hati kerjana saya tak boleh bertindak sewenang-wenangnya hanya kerana desakan politik dari DAP ke, parti-parti lain ke, untuk saya mengambil tindak kepada guru ini, kerana ini melibatkan perjawatan kerajaan, kalau dia pegawai kontrak lain cerita. Kalau dia ini pegawai sementara, lain. Esok saya boleh buang. Ini pegawai perjawatan tetap saya tak boleh sack. Itupun kalau saya nak sack kena ada kes, dan saya tak ada kuasa.

Bila saya sebut tak ada kuasa, dalam akta pendidikan yang beri kuasa kepada menteri, tak ada kuasa untuk buang orang. Saya cabar Kit Siang atas peruntukan mana undang-undang dan perlembagaan negara yang memberikan kuasa kepada deputy prime minister dan menteri pelajaran untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai. Saya cabar kit siang tolong jelaskan. Dalam peruntukan undang-undang mana, aturan mana yang bolehkan menteri pelajaran ambil tindakan, atau deputy prime minister ambil tindakan keatas pegawai yang dikatakan melakukan kesalahan.

Saya lihat dalam sejarah, tiada menteri ambil tindakan, bukan sebab menteri tak ada kuasa tapi menteri ada kuasa lain-lain. Dan dalam soal disiplin, dia ada kandungan dalam perlembagaan negara, dia ada peraturan dalam ___ 30, iaitu sebahagian perlembagaan negara, dia ada hak untuk didengar, dan mesti dihakim secara adil. Dan lepas itu diputuskan, kalau dah putus kita terimalah dan proses ini tidak boleh hanya kerana desakan politik diputuskan dalam 2 hari. Boleh ke selesai?

You have to be carefull. Kalau kit siang jadi menteri pelajaran mungkin sudah lama dipecat. Dan kalau dipecat begini, pegawai akan cabar balik. Saya nak cabar kit siang, kalau dia jadi menteri, dia nak buang kah orang? Saya tidak emosi dalam hal ini, tapi saya fikirkan tindakan saya betul. Jadi jangan dianggap pasal saya ni bersimpati, bukan soal simpari. Ini sebab semua orang umum satu Malaysia sudah tahu, tetapi saya perlu bertindak berdasarkan aturan. Jadi yang ini yang saya lakukan. Say amintak KSU tambah pasal nanti kalau saya cakap, saya orang politik.

Tan Sri Zulkurnain Hj Awang (KSU KPM)menyambung:

Sebagaimana YAB jelaskan, berasakan perlembagaan dan juga peraturan-peraturan tatatertib, pihak yang berkuasa melantik saja berhak mengambil tindakan tataterti ke atas pegawai-pegawai. Dalam konteks ini, jelaskah kuasa diturunkan ke beberapa peringkat. Baik rendah diturunkan kepada Ketua Setiausaha kementerian. Bagi pegawai gred 48 ke atas, diturunkan kepada KSN sebagai pengerusi. Prosedurnya pertama kita telah tubuhkan lembaga penyiasat dan kita bawa kepada pihak berkuasa iaitu JPA, di mana mereka juga perlu mengikut peraturan, Pertama, mereka perlu bersidang melihat ada kes atau tak ada kes pada pandangan mereka.

Sekiranya mereka rasa ada kes, mereka perlu pula mengemukakan kepada pihak yang berkenaan memberi tunjuk sebab. Right to be heard. Lepas itu prosesnya, sekiranya ada tight to be heard itu, baru boleh ditentukan salah atau tak salah. Kemudian, apa hukumnya, selepas itu pula, pihak yang berkenaan boleh juga merayu kepada pihak suruhanjaya dan sekiranya pihak suruhanjaya menetapkan hukum sekalipun, perkara berkenaan boleh merayu kepada mahkamah-mahkamah dan banyak cases, di mana kerajaan kalah sebab salah.

Dan tidak sama sekali, with due respect, menteri atau sesiapa sahaja yang boleh membuang atau mengambil tindakan tatatertib terharap pegawai tetap kerajaan, yang tetap dan berpencen. Prosedur telah ditetapkan. Kita tidak boleh menuduh dia melanggar selagi kita tidak kaji tentang tatatertibnya. Kita tidak boleh terus menghukum selagi tidak mendengar kes. Sama juga. Prosedur sama juga dengan mahkamah. Kalau tak ada kesalahan, tak boleh hukum.

TPM menyambung:

Ini prosedur tapi kit siang yang pakar dalam undang-undang tak tahu prosedur dan sedia mencabar saya. Dia kata kalau tak selesai dia akan bawa usul ke parlimen. Tapi itu bagi saya tak ada saya bibang langsung. Saya sebagai menteri mesti lihat. Bukan kerana dia melayu ke bukan melayu, itu soal kedua. Bukan soal perkauman, soal, berbalik soal peraturan. Soal perlembagaan. Soal prosedur, soal hak. Ini kena ambil kira, jadi kalau DAP kata dia perjuangkan soal mesti ada ketelusan, mesti ada keadilan, mesti ada kesaksamaan. Ini apa buktinya?

Jadi dia bersikap, DAP nak bercakap sekarang emosi dia saja. Dia nak main emosi kerana nak menarik sokongan orang-orang tertentu supaya sokong dia. Saya bukan, saya bertanggungjawab kerana saya berjawatan. Leih lagi, sebagai timbalan perdana menteri saya mesti melahiat adil. Dan ini adalah precedence. Kalau saya tak mengambil langkah yang betul ikut undang-undang, ada lagi sejuta lebih pegawai kerajaan yang akan kata bahawa kerajaan bertindak tidak adil kepada pegawai. Kesannya lagi besar dari pada pengetua, guru besar dan sebagainya.

Kit siang, jangan lupa ada lagi berjuta pegawai kerajaan dan juga bukan saja dalam kerajaan tapi peringkat swasta pun begitu juga. Kit siang tolonglah, fahamlah, pergilah masuk sekolah berlajar undang-undang, tentang pentadbiran, tentang pengurusan, soal bagaimana soalan disiplin hendak diuruskan. Dia tidak ada pengalaman. Sorry to say, dia ketua pembangkang, tapi dia tak tahu. Jadi inilah saya nak tunjukkan bukti bahawa pembangkang hanya bersikap secara emosi. Nak bertindak atas politik, tetapi kita ada undang-undang negara. Kita ada perlembagaan. Kita harus bertindak atas dasar perlembagaan. Mesti adil, adil bukan pada DAP saja, adil pada guru, adil pada pegawai, adil pada rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");