Perak Hari Ini

Kajian projek keretapi Ipoh-Lumut bermula

MANJUNG, 26 September — Kementerian Pengangkutan telah memulakan kajian awal mengenai cadangan Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk membina projek landasan keretapi Ipoh- Lumut.

Menteri Dato Seri Kong Cho Ha yang merupakan ahli parlimen Lumut berkata, kajian tersebut akan merangkumi laluan yang sesuai untuk pembinaan landasan berasaskan kesesuaian tanah dan juga faktor geografi.

Perkhidmatan itu kelak akan digunakan untuk tujuan pengangkutan penumpang dan juga kargo. Daerah Manjung kini pesat membangun dan pengangkutan hari ini bergantung seratus peratus kepada lori kontena. Lumut juga menjadi pelabuhan yang penting untuk Perak

Kong Cho Ha bercakap selepas selesai penyampaian hadiah

Kong Cho Ha - file pic

dan majlis penutup Pertandingan Sepak Takraw Terbuka Perak di Manjung hari ini.  Pertandingan telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Manjung bersama Persatuan Takraw Navy.

Seramai 17 pasukan dari  Perak , Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");